Isnin, 6 Ogos 2018

TIPS PILIH LAUK TENGAHARI untuk KURUS

TIPS UNTUK PILIH LAUK MAKAN TENGAH HARI DI KEDAI"
(Untuk turun berat badan)

Tips mudah & praktikal :-

[1] NASI SEPARUH ATAU 1/3 PINGGAN. Kebanyakan orang akan ambil nasi penuh sepinggan. Sedangkan aktiviti yg dilakukan tidak perlukan sumber kabohidrat (tenaga) sebegitu banyak.. Lain la perkerja buruh kasar atau yg bekerja berat..

[2] CARI IKAN DULU KALAU XDE BARU CARI AYAM. Ikan sumber protin yg rendah lemak..Ayam pun protin tapi lemak lebih tinggi drp ikan.. Sekarang ni plak ayam byk kene "cucuk" ..

[3] CARI LAUK YG TAK BERGORENG (DEEP FRIED). Makanan yg bergoreng kalori menjadi sgt tinggi, lemak tinggi dan selalu nya di kedai makan, minyak digunakan berulang kali, tidak bagus utk kesihatan..

[4] PILIH AYAM BAHAGIAN DADA & BUANG KULIT. Ayam bahagian dada ialah bahagian yang paling tinggi protien & rendah lemak.. lebih kenyang dan sado..hehe

[5] AMBIL SAYUR LEBIH SEBAB NAK KASI KENYANG. Ramai orang mengeyangkan perut nye dengan nasi yg banyak.. saya pilih untuk mengeyangkan perut saya dengan sayur sebab sayur pun sumber kabohidrat ttp kabohidrat komplex yg bole kenyang lama dan sudah tentu lebih vitamin dan lebih fiber dibandingkan dengan nasi putih..

[6] DAGING LEMBU MEMANG X SENTUH. Saya x ambil lauk daging kerana walapun daging tinggi protin, tetapi daging menpunyai lemak tepu yg sangatttt tinggi.. saya cuma makan daging di kenduri kahwin atau makan western beef steak.. apetah lagi menate steak..hehe

[7] TAK AMBIL BAHAGIAN ORGAN DALAMAN. Bukan kerana takut naik berat badan, tetapi makanan jenis ini boleh merosakkan villi (usus) dan secara x langsung akan menyumbang kepada kenaikan berat badan bila usus tidak cukuf efektif..

[8] SEMESTINYA MINUM AIR SUAM DAN BUKAN AIR MANIS. Ini adalah tips yang paling simple tapi ramai orang yang x mampu lakukan kerana dah biasa mnum air manis.. Mulut & lidah belum di latih untuk lebih suka kpd air kosong.. Semestinya air suam ZERO CALORIE.. Air manis lebih tinggi kalori dah gula..

Nak turun berat ni tak mahal.. Bayangkan air manis secawan rm1.50.. Sehari 2 gelas = rm3. Darab dengan 30 hari= rm90.. Kita boleh jimat rm90 sebulan dengan hanya menukar tabiat air manis ke minum air kosong.. Itu tak kira lagi kalu minum teh ais atau milo ais yg lagi mahal daripada harga petrol..hehe..

Semoga dapat manfaat dari perkongsian ini.. Selamat beramal..

Like & Share kalau anda rasa berguna..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan