Nama KHOZANI B MUHAMMAD, kawan-kawan panggil Kho ja dari sekolah sampai la ni...hehe.. saya adalah Founder kepada Red Eagle Legacy enterprise..jenama saya adalah Reggae kitchen..sebuah perniagaan kedai makan.
Umuq baru 34 tahun..(muda lagi k..hehe),
Asal Baling, KEDAH D/A... Ayah penoreh getah ja..tapi tu pun dapat besaqkan kami adik beradik sampai jadi orang jugak..Saya ada 3 orang adik beradik, saya yang sulong..so, tanggungjawab tu agak berat jugak sebenaqnya..sapa anak sulong dia tau..hehe
Dah berkahwin dengan Co-founder company kami ni..puan Siti Sakinah Abu Bakar...kawen bulan September 2009(sedaq tak sedaq dh 9 thn dh kawen..cptnya masa berlalu..) Kami dikurniakan sorang ja cahaya mata buat masa la ni(dh drjah 2 dh pun..belum ada rezeki yg lain lg..hehe)
Latar belakang pendidikan sy:
1)1991-1996 : SK Pulai,Baling 2)1997-1999 : SMK Syed Abu Bakar,Kupang,Baling, Kedah(aliran agama)
3)2000-2001 : SMK Baling(Aliran Agama) 4)DEC 2002- DEC 2005 :Universiti Teknologi MARA (DIPLOMA PLANTING INDUSTRY & MANAGEMENT)
Pengalaman kerja:
1)Habis SPM (2001) : pembantu am kantin sekolah(sebelum ada la jgk keja kedai mkn..basuh2 pinggan tp time cuti sekolah ja la)
2)Pernah keja kat kedai makan (juai bihun sup/laksa)
3)Dec 2005-Jun 2007 : Asst Mgr di Kumpulan Guhtrie berhad
4)July 2007-Jun 2012: Assistant manager di Sime Darby Plantation sdn bhd
Pengalaman berniaga:
1)2010 -Projek tanaman cili fertigasi fasa 1(modal RM10k)
2)2011- projek tanaman cili fertigasi fasa 2(modal RM25k)
3)Mac 2012 -Buka Studio Muzik (kos RM25k)
4)Jun 2012 - Networking bisness(MLM) kos modal Rm31k
5)Ogos 2014 sampai sekarang- Reggae Kitchen..(4 thn lebih dah)
Hat ni yang besaq2..yang kecik2 tu tak kira lg..dgn bisness topupnya, kontractor kecil-kecilan supply tractor(Estate). Tapi memang tak dinafikan..pengalaman-pengalaman ni memang banyak bantu kita bila kita berniaga ni...walaupun banyak modai habis..kadangkala rugi ja lebih dari untung..tapi banyak benda yang boleh saya guna pakai dalam hidup & bisness khususnya...bila pikiaq2 balik..kalau saya tak berani nak redah semua tu walaupun tanpa ilmu dan tok guru aka mentor..saya tak rasa la ni..sy masih berani nak berniaga.....
Alhamdulillah..sekarang saya lebih yakin berbisnes setelah saya mempunyai sikit ilmu dan ada mentor perniagaan yang terbukti berjaya..melalui testimoni2 anak didik beliau yg berjaya melalui perubahan demi perubahan..dari sale yang krik krik..skrg dah meletop2 sale..
Ni lah sikit sebanyak pasal diri saya yang mungkin ramai lagi yang tak kenai kan.. InshaaAllah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan