Jumaat, 10 Ogos 2018

5 TIPS BERKESAN KUASAI PEMASARAN

5 Tips Berkesan Kuasai Pemasaran

oleh Team Richworks pada 24 April 2017
5 TIP BERKESAN KUASAI PEMASARAN. (2)

“Sebagus mana pun produk atau servis perniagaan anda, ianya tidak akan bermakna jika pemasarannya lemah dan longlai.” Bila ditanya kepada usahawan, apakah yang paling penting yang boleh menjadi trauma jika ia tidak dilakukan dan mengakibatkan perniagaan lingkup? Majoriti usahawan akan memberi jawapan yang sama iaitu ‘Pemasaran’.
Pemasaran #1: Data Adalah Kuasa Pemasaran.

“Panggil ribuan pelanggan dengan hanya satu kali klik.” – Dr Azizan Osman Bayangkan apabila syarikat global seperti TESCO menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit. Berapakah kadar peratusan untuk kita buka mesej itu? Sudah tentu tinggi. Ini adalah tujuan pemasaran menerusi data pelanggan. Pertama, kita mendapatkan maklumat seperti nombor telefon, nama dan emel secara beretika.
Kemudian kita menggunakan perkhidmatan sedia ada, seperti sistem pemasaran SMS untuk berhubung dengan pelanggan menerusi telefon bimbit mereka. Strategi ini dapat menjamin pelanggan untuk membaca mesej pemasaran kita. Setiap program Klinik Usahawan Dr Azizan Osman juga dipromosikan menggunakan strategi ini. Kenapa mentor Dr Azizan Osman memberi gelaran ‘Strategi Panggil-panggil’? Ini kerana kita hanya perlukan beberapa saat sahaja untuk menghantar SMS kepada ribuan data pelanggan yang diperoleh, tanpa perlu bersusah payah untuk mencari mereka.
Pemasaran #2: Kuasai Fusion Marketing.
5 TIP BERKESAN KUASAI PEMASARAN. (4)
Fusion Marketing adalah strategi pemasaran yang menggabungkan dua industri berbeza. Cara ini dapat membawa masuk prospek baru dalam kuantiti yang besar ke dalam bisnes tanpa perlu bersusah payah. Apa yang perlu dilakukan adalah:
  • Cari pemilik perniagaan dari industri yang berbeza.
  • Wujudkan sebuah acara yang menjemput pelanggan daripada industri yang berbeza.
  • Pelanggan mereka akan diperkenalkan dengan bisnes kita. Manakala pelanggan kita akan diperkenalkan dengan bisnes mereka. Strategi ini bukan sahaja menguntungkan kedua-dua belah pihak, ia juga menjimatkan kos pemasaran dan memaksimakan keuntungan dalam masa yang singkat.
Pemasaran #3: Formula 30 Banner.

5 TIP BERKESAN KUASAI PEMASARAN. (5)
Banner atau kain rentang adalah strategi pemasaran yang digemari oleh mentor Dr Azizan Osman. Dalam setiap program Klinik Usahawan, pasti disebut-sebut strategi ini supaya melekat dalam ingatan para peserta. Dalam masa yang sama, protégé-protégé beliau yang menggunakan strategi banner ini juga memperoleh impak yang mengejutkan. Jadi, bagaimana banner ini berfungsi untuk meningkatkan keuntungan bisnes?
Banner dapat membantu untuk menguasai wilayah dengan segera. Bayangkan jika kita duduk di satu lokasi. Kemudian di lokasi itu mempunyai puluhan atau ratusan banner yang memperkenalkan bisnes kita. Mahu atau tidak mahu, bisnes kita terpaksa menerima suasana bisnes yang huru-hara selepas itu.
Pemasaran #4: Cipta Kontroversi Konstruktif.
5 TIP BERKESAN KUASAI PEMASARAN. (6)
Menurut sebuah artikel yang ditulis oleh pakar pemasaran, kontroversi tidak boleh dipandang rendah oleh para usahawan. Kontroversi adalah satu elemen pemasaran yang bagus untuk melonjakkan perniagaan kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Wujudkan kontroversi konstruktif. Yakni kontroversi yang membuatkan masyarakat ingin tahu tentang perniagaan kita.
Sebagai contoh, mentor Dr Azizan Osman pernah melancarkan Seminar Rahsia Tarikh Lahir. Walaupun ia mengundang kontroversi, namun itu yang menguatkan jenama Richworks dan beliau di persada negara. Tapi, berhati-hati bila menggunakan teknik kontroversi. Pastikan kita boleh mengawal isu itu pada kadar optimum. Jika tidak, kontroversi itu akan makan tuan. Banyak bisnes yang bankrap akibat daripada gagal mengawal kontroversi.
Pemasaran #5: Bagi Jaminan Kurang Waras.
5 TIP BERKESAN KUASAI PEMASARAN. (1)
Satu daripada fungsi pemasaran adalah menarik perhatian prospek untuk mencuba produk atau perkhidmatan kita. Apabila kita gagal menarik perhatian mereka, itu adalah signal bahawa kita gagal dalam kempen pemasaran. Antara strategi magnet tarikan pelanggan yang berkesan adalah menerusi pemberian jaminan.
Fungsi jaminan ini dapat meruntuhkan keraguan prospek untuk mencuba produk kita. Bisnes-bisnes yang menggunakan strategi pemasaran ini biasanya berjaya untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Oleh kerana terlalu banyak produk dan perkhidmatan yang muncul hari ini, maka fungsi jaminan dapat membuatkan bisnes kita terasing dengan pesaing lain. Sebagai contoh, bisnes produk kesihatan menawarkan jaminan 30 hari pengembalian wang sekiranya pengguna tidak berpuas hati. Program Dr Azizan Osman juga menggunakan formula yang sama untuk mewujudkan magnet tarikan pelanggan.
Program lanjutan seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM), Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan pelbagai lagi menawarkan pengembalian wang semula jika para peserta tidak berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan. Bagaimana dengan perkongsian 5 strategi ini?Mungkin anda boleh gunakannya untuk pemasaran perniagaan anda.
#TeamRichworks #ResultMatters

KREDIT : DR AZIZAN OSMAN

Selasa, 7 Ogos 2018

PANDUAN MAKAN MALAM SECARA SIHAT

7 Panduan Makan Malam Secara Sihat

Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan pagi dan makan tengah hari.Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Antara kesalahan yang sering dilakukan makan pada lewat malam, makan makanan yang berat / berminyak dan makan dalam kuantiti yang banyak. Saya berikan panduan makan malam secara sihat buat anda supaya makan malam anda berkualiti.
Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat  tenaga dan nutrien  yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal.

7 panduan  makan malam secara sihat!

1)Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

2)Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng ,berlemak dan berminyak. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.

3)Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 Sekiranya anda tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.

4)Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam.Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.

5)Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.

6)Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam.Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.

7)Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan.Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.

TIPS MENGHILANGKAN PENAT SETELAH BALIK KERJA

Cara menghilangkan penat. Tentu ramai yang nak tahu kan? Apatah lagi, kalau kita bekerja seharian dari pagi sampailah ke petang atau malam.

Sudah tentulah badan kita akan terasa penat walaupun kerja kita hanya duduk menghadap komputer. Penat tetap penat!

Kadangkan tuntutan deadline kerja di pejabat juga boleh membuatkan kita menjadi stress dan tidak tenang.

Belum lagi masuk bab jalan sesak dan terperangkap di dalamnya setiapkali balik kerja. Rasa penat badan dan emosi memang bercampur menjadi satu!

Akibatnya, ketika sampai di rumah, Mood kita pun menjadi tidak ok. Rasa penat dan emosi pun berbaur menjadi satu.cara menghilangkan penat

JADI, APAKAH CARA MENGHILANGKAN PENAT SELEPAS BALIK KERJA YANG TERBAIK ATAU PALING BERKESAN? JOM, SEMAK!

1)BERURUT

Berurut adalah salah satu strategi yang paling berkesan atau cara menghilangkan penat wajib dicuba. Kita boleh merelakskan badan, terutama setelah seharian penat bekerja.

Urutan boleh dilakukan oleh kita sendiri, tetapi kalau nak lebih sedap, ada baiknya kalau kita meminta bantuan orang lain yang memang pakar dalam bab urut mengurut ini.

Beberapa bahagian badan yang akan memberikan efek relaks ketika diurut, antaranya bahagian bahu, leher,lengan,pinggang, paha dan juga kaki.

Di samping itu, berurut juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta menghindari badan kita dari stress.cara menghilangkan penat

2)MENDENGAR MUZIK

Muzik dengan alunan yang lembut boleh menjadi terapi untuk jiwa kita.Setelah seharian penat bekerja, kita boleh cuba cara menghilangkan penat tersebut dengan mendengar muzik yang tenang seperti instrumental.

Nikmati muzik tersebut sambil memejamkan mata sejenak. Alunan muzik akan membuatkan fikiran  dan jiwa kita menjadi lebih tenang serta relaks.cara menghilangkan penat

3)MANDI DENGAN AIR PANAS

Mandi dengan air panas (suam-suam kuku) sambil ditemani dengan muzik kegemaran sudah pasti akan membuatkan kita seperti sedang berehat dari segala aktiviti dunia.

Isi tub mandi dengan air panas dan titiskan sedikit wangian aroma terapi dan berendamlah dengan relaks sambil mendongakkan kepala  ke atas.

Biarkan fikiran kita tenang seketika. Perkara seperti ini akan merelakskan fikiran kita dengan baik. Sebaiknya kita lakukan pada malam hari sebelum hendak tidur.cara menghilangkan penat

4)MINUM SECAWAN COKLAT PANAS ATAU SECAWAN TEH

Secawan coklat panas atau secawan teh boleh menjadi pilihan atau cara menghilangkan penat yang efektif.

Minum secawan coklat panas akan membuatkan badan kita kembali relaks dan tenang. Begitu juga dengan teh.
Cuba minum secawan teh tawar pada pagi hari dan teh herba pada sebelah malam.

Teh peppermint dan lemon tidak mengandungi kafein. Jika tidak suka kedua teh tersebut, minumlah teh hijau yang mengandungi L-Thiamine.  dan tidak berkafein. Tambahkan sedikit madu kerana ia mampu memberikan efek menenangkan fikiran serta badan.cara menghilangkan penat

5)TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Ketika kita stress, pengaliran darah menuju ke otak berjalan tidak lancar sehingga membuatkan gerak kerja jantung dan pengaliran zat-zat yang diperlukan seluruh badan juga menjadi tidak baik.

Menarik nafas dalam-dalam dapat membantu membawa oksigen ke otak dan sekaligus membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar. Apatah lagi, jika kita betul-betul fokus dan melakukannya di tempat-tempat yang kaya dengan oksigen seperti di taman atau di kawasan yang banyak pokok.cara menghilangkan penat

Itulah beberapa cara menghilangkan penat yang boleh dilakukan selepas seharian penat bekerja. Jangan sesekali biarkan masalah kerja membuatkan anda tidak tenang. Percayalah di sebalik semua masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Isnin, 6 Ogos 2018

MENGENAI FOUNDER REGGAE KITCHEN

Nama KHOZANI B MUHAMMAD, kawan-kawan panggil Kho ja dari sekolah sampai la ni...hehe.. saya adalah Founder kepada Red Eagle Legacy enterprise..jenama saya adalah Reggae kitchen..sebuah perniagaan kedai makan.

Umuq baru 34 tahun..(muda lagi k..hehe),
Asal Baling, KEDAH D/A... Ayah penoreh getah ja..tapi tu pun dapat besaqkan kami adik beradik sampai jadi orang jugak..Saya ada 3 orang adik beradik, saya yang sulong..so, tanggungjawab tu agak berat jugak sebenaqnya..sapa anak sulong dia tau..hehe

Dah berkahwin dengan Co-founder company kami ni..puan Siti Sakinah Abu Bakar...kawen bulan September 2009(sedaq tak sedaq dh 9 thn dh kawen..cptnya masa berlalu..) Kami dikurniakan sorang ja cahaya mata buat masa la ni(dh drjah 2 dh pun..belum ada rezeki yg lain lg..hehe)

Latar belakang pendidikan sy:

1)1991-1996 : SK Pulai,Baling 2)1997-1999 : SMK Syed Abu Bakar,Kupang,Baling, Kedah(aliran agama)
3)2000-2001 : SMK Baling(Aliran Agama) 4)DEC 2002- DEC 2005 :Universiti Teknologi MARA (DIPLOMA PLANTING INDUSTRY & MANAGEMENT)

Pengalaman kerja:

1)Habis SPM (2001) : pembantu am kantin sekolah(sebelum ada la jgk keja kedai mkn..basuh2 pinggan tp time cuti sekolah ja la)

2)Pernah keja kat kedai makan (juai bihun sup/laksa)

3)Dec 2005-Jun 2007 : Asst Mgr di Kumpulan Guhtrie berhad

4)July 2007-Jun 2012: Assistant manager di Sime Darby Plantation sdn bhd

Pengalaman berniaga:

1)2010 -Projek tanaman cili fertigasi fasa 1(modal RM10k)

2)2011- projek tanaman cili fertigasi fasa 2(modal RM25k)

3)Mac 2012 -Buka Studio Muzik (kos RM25k)

4)Jun 2012 - Networking bisness(MLM) kos modal Rm31k

5)Ogos 2014 sampai sekarang- Reggae Kitchen..(4 thn lebih dah)

Hat ni yang besaq2..yang kecik2 tu tak kira lg..dgn bisness topupnya, kontractor kecil-kecilan supply tractor(Estate). Tapi memang tak dinafikan..pengalaman-pengalaman ni memang banyak bantu kita bila kita berniaga ni...walaupun banyak modai habis..kadangkala rugi ja lebih dari untung..tapi banyak benda yang boleh saya guna pakai dalam hidup & bisness khususnya...bila pikiaq2 balik..kalau saya tak berani nak redah semua tu walaupun tanpa ilmu dan tok guru aka mentor..saya tak rasa la ni..sy masih berani nak berniaga.....
Alhamdulillah..sekarang saya lebih yakin berbisnes setelah saya mempunyai sikit ilmu dan ada mentor perniagaan yang terbukti berjaya..melalui testimoni2 anak didik beliau yg berjaya melalui perubahan demi perubahan..dari sale yang krik krik..skrg dah meletop2 sale..

Ni lah sikit sebanyak pasal diri saya yang mungkin ramai lagi yang tak kenai kan.. InshaaAllah.....

MENGENAI REGGAE KITCHEN

Rasanya ramai lagi kan orang2 sg.siput yang tak tau kewujudan Reggae Kitchen ni...hehe Jadi saya nak share sikit sebanyak pasai Reggae Kitchen ni...

Nama kedai : RED EAGLE REGGAE KITCHEN, (kami dah 4 tahun  WUJUD..since Ogos 2014 di bawah syarikat RED EAGLE LEGACY ENT(soon will be SDN BHD)

Manager/founder: Khozani Muhammad & Siti Sakinah Abu Bakar

Konsep kedai: Santai(reggae)sambil layan reggae muzik..suasana taman dengan aneka pokok-pokok hutan tropika & bunga-bunga orkid.

Waktu operasi :
pukul 8pg - 11.30mlm (Isnin-Sabtu) (Ahad-cuti) .
(breakfast,lunch & dinner)

Lokasi:

Berhadapan Smk Muhibbah (Ssempk)
Alamat: No 2005,A163 Tmn Lintang,Jln Jalong,Sg.Siput(U), Perak

*Bleh follow kami di :
https://www.facebook.com/Reggaekitchens/

FB pages,IG,WECHAT,BLOGSPOT,YOU TUBE,Tweeter,Google+,Mudah.com

Antara menu wajib try & rasa:
1)Laksa kedah(bersarang)
2)Bihun/mi/kuey teow sup utara
3)Nasi ayam MENTUA
4)Lauk pauk masakan Kedah
5)Ikan/ayam bakaq special+ ayaq asam meleleh
6)Nasi goreng udang BERATOQ
7)Mee udang super BAJET 8)Western(lamb/chicken chop + wedges) 9)3 layer drink
10)Reggae drink
11)Aneka jus buah(jus markisa petik dr pokok)

P/s:
Jgn terkejut plak bila time nak bayaq..tak ngam dengan bajet hangpa..pasai bnyk kali jadi dah..memang tak ngam la pasai murah baq ang!!! Hehehe..pe2 roger!!

5 TIPS MENINGKATKAN JUALAN

Strategi Marketing Yang Pasti Buat Poket Anda Sentiasa Berduit 

 oleh Team Richworks pada 16 November 
2017 

 Bila sebut saja marketing atau pemasaran, pastinya menggerunkan bagi sesetengah dari anda yang baru saja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Untuk memperlihatkan apa yang anda bawa dan sediakan kepada komuniti, anda PERLU buat marketing. Namun harus diingat, gaya pemasaran boleh berubah mengikut musim. Dan berikut adalah beberapa strategi sepanjang zaman dan terkini untuk anda cuba.

 1) Live dan video sharing di media sosial 2017 sudah mula menampakkan era digital di mana-mana sektor sekalipun. Jika anda peka, Malaysia sendiri sudah mula menaikkan dan memanfaatkan medium digital. Ideanya mudah – lebih ramai pengguna mampu mendapat manfaat dengan lebih cepat tanpa mengira jarak mereka. Live dan video semakin mendapat tempat di hati para pengguna kerana dengan adanya medium sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube, mereka lebih mudah untuk akses pada maklumat produk atau perkhidmatan dengan lebih mendalam secara hanya dalam talian. Jadi anda boleh manfaatkan sistem live dan video yang ada untuk berkongsi dengan pengguna atau pengikut anda di laman sosial tentang kebaikan, manfaat dan masalah yang mampu anda bantu untuk selesaikan. 

 2) Facebook Group / Komuniti Perasan bukan banyak komuniti Facebook yang muncul kini? Baik ia tertutup mahupun terbuka, ada sebab kenapa para usahawan membina group tersebut. Untuk mengumpulkan database pelangganUntuk mengumpulkan pelanggan yang benar-benar mahuLebih mudah berkongsi maklumat dan ‘cerita’ dengan mereka yang berminat 

 3) Follow up pelanggan atau bakal pelanggan Teknik follow up adalah satu contoh anda memiliki servis after sales yang bagus. Tanya kembali pelanggan anda apa pengalaman mereka selepas menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Gunakan ayat yang manis dan sopan. Boleh juga jika anda atau team anda mengorak langkah untuk lebih rapat dengan pelanggan untuk elakkan rasa janggal. Dan dapatkan testimoni mereka semasa follow up. Jika mereka belum lagi jadi pelanggan tapi pernah bertanya info, gunakan database ini untuk anda bertanya khabar, atau hantarkan info baru berkaitan produk dan perkhidmatan anda. Tapi ingat, jangan memaksa. 

 4) Live & Real Testimoni Jika dulu hanya testimoni bergambar dan bertulis, kini banyak ulasan live, dan tutorial berkaitan yang tentunya lebih meyakinkan. Anda boleh manfaatkan ini dengan membuat video testimoni. Gabungkan dengan testimoni biasa yang bergambar dan bertulis, anda kuatkan lagi marketing anda menggunakan video. Tanpa testimoni, produk dan perkhidmatan anda agak sukar untuk menarik target pelanggan anda. Jadi, kumpul semua testimoni pelanggan anda. 

 5) Sentiasa manfaatkan story anda Story anda adalah kekuatan anda. Story mengandungi siapa anda, apa role atau kepakaran anda yang mahu anda kongsikan, apa cerita di sebalik produk dan perkhidmatan anda, kenapa anda lakukan apa yang anda buat sekarang, dan apa masalah yang anda mahu bantu selesaikan. Banyak lagi item dalam story yang anda boleh pelajari melalui program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan kami, tapi apa yang ada ini pun boleh cukup untuk bantu anda buat sales. Buat rangka, tulis, dan gunakan masa engagement anda dengan pelanggan. Konsisten dengan story anda. 5 tips ini jika anda benar-benar manfaatkan dan aplikasikan dengan konsisten, InsyaAllah anda mampu untuk meningkatkan jualan anda!

45 TIPS NAIKKAN LIKE DI PAGE


45 Tips Simple & Unik Tingkatkan LIKE FB Page Anda

Tips Simple Unik Untuk Naikkan Like FB Page

Ramai usahawan online terutamanya yang berniaga di facebook alami masalah untuk tambah bilangan like di FB Page mereka. Liker sangat penting kerana mereka ini akan menjadi prospek yang selalu nampak sebarang post yang anda update di FB Page bisnes anda, so secara mudahnya:

Liker = Prospek = Bakal pelanggan = Sales

Lebih ramai yang like FB Page anda, lebih tinggi peluang anda dapatkan lebih banyak sales! Melalui artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda 45 tips bagaimana untuk anda tingkatkan bilangan likers FB Page bisnes anda.

Tips #1 - Invite Friends Anda Untuk Like FB Page Anda

Yup, teknik ni memang dengar macam obselete, tapi ia ialah teknik paling mudah untuk jump start bisnes fb anda supaya ada audience/bakal pelanggan. Abaikan dahulu dari segi kualiti audience pada peringkat awal ni. For start, volume is a priority.

Caranya mudah je:

1) Login ke fb page anda dan pergi ke bahagian butang “. . .” disebelah butang “Share”
2) Klik “Invite Friends”
3) Akan terpapar nama friends anda, klik butang “Invite”

Tips #2 - Buat Contest / Pertandingan
Buat contest dengan tawarkan hadiah yang best (tapi mudah untuk anda sediakan).
Contoh, jika anda jual produk kecantikan..tawarkan hadiah produk kecantikan percuma.

Caranya:

Post di dalam FB Group yang berkaitan dengan wanita, (wanita obviously suka cantik)
1) Letak gambar hadiah barangan percuma + nama contest
2) Tulis tajuk contest, contoh: Contest PERCUMA 5 Batang Lipstick Jenama ABC
3) Letakkan syarat yang jelas,
   Contoh:
   – Like post ini,
   – Like page ini (letakkan link fb page anda),
   – Share post ini,
   – Komen “done”
Kami akan check korang dah buat kesemua syarat di atas, dan pilih nama secara rawak untuk cari pemenang.

4) Letakkan dateline/tarikh akhir contoh: “Contest ini dijalankan selama 7 hari sahaja bermula x/x/2017 – x/x/2017″

5) Letakkan ayat call to action untuk push ahli group yang berminat untuk bertindak seperti apa yang anda mahukan dalam syarat di atas tadi. Contoh: “Contest start sekarang!”

Anda boleh gunakan online random picker untuk pilih pemenang, salah satunya yang percuma ialah: http://www.miniwebtool.com/random-picker/

Tips #3 - Beri Kod Kupon Diskaun
Siapa yang tak suka dengan diskaun kan. :)

So, tentukan dahulu berapa diskaun yang anda mampu berikan (make sure anda masih untung, ok) Sebagai contoh 10%.

Untuk dapatkan diskaun 10% ini, prospek mestilah berikan kod kupon (yang anda boleh suka-suka reka sendiri, contoh: ADSK10)

Dan untuk tebus kod kupon, mereka mestilah LIKE terlebih dahulu FB Page anda.

Caranya lebih kurang macam teknik contest semalam, cuma kali ini, setiap kali selepas prospek komen 'done' - maksudnya mereka sudah like FB Page anda, dan share post anda, anda perlu pm mereka dengan berikan kod kupon diskaun 10% tersebut.

Apabila mereka ingin buat pembelian barangan anda dengan diskaun 10%, mereka akan berikan kod tersebut. :)

Simple je kan. Ini cara manual. Ada juga cara automatik yang anda boleh cari dari apps-apps berbayar di internet.

Tips #4 - Setkan Nama FB Page Anda Sebagai Tempat Kerja Anda Di Ruangan "About" Di FB Profile
Friends di dalam FB Profile anda ada potensi untuk klik sebab mereka nak tahu di mana anda bekerja..

Dengan itu, mereka akan sampai ke FB Page anda dan kemungkinan akan jadi Likers FB Page anda juga.

Caranya simple je.

- Pergi ke bahagian "About" di FB Profile anda,
- Pilih "Place Of Employment"
- Taip nama FB Page anda

Straight forward kan, :)

Tips #5 - Page Cross Promotion
Cara ini mudah dilakukan bila anda ada lebih dari 1 FB Page.

Contoh anda ada FB Page A dan B.

Buat 1 post di dalam FB PageA dengan promosikan FB Page B.

Tuliskan apa yang FB Page B is all about, dan kelebihannya..contoh: harga murah dari pasaran, atau kualiti tiptop dalam servis xxx.

Dan sedikit Cal To Action meminta audiens di FB Page A supaya klik LIKE FB Page B.

Jika anda hanya ada 1 FB Page, anda boleh buat cara ini dengan contact admin FB Page lain yang aktif dan tanyakan tentang slot post iklan. :)

Tips #6 - Kenal Audiens Anda
Bila anda betul-betul kenal audiens anda, lebih mudah untuk anda hasilkan content post yang lebih sesuai dengan mereka.

Secara tak langsung, mereka lebih cenderung untuk share post anda, dan lebih mudah untuk anda mendapatkan likers FB Page baru.

Macam mana nak kenal audiens anda?

Simple. Gunakan FB Insight. Masuk ke dalam Page Admin, dan klik Insight.

Di sini anda akan dapat melihat data demografik audiens anda, so mudah untuk anda brainstorm idea untuk hasilkan content post yang sesuai dengan umur dan jantina mereka.

Tips #7 - Gunakan Ayat Call To Action Suruh Like FB Page Anda
Ni paling mudah, tapi ramai yang terlepas pandang.

Kalau anda tak suruh orang like FB Page anda, mereka tak akan like.

So make sure anda kerap-kerap ingatkan friends anda, member group FB yang anda join, even member group Whatsapp & Telegram yang anda join suruh mereka like FB Page anda.

Tips #8 - Beri sesuatu bermanfaat/bernilai sebagai pertukaran dengan Like
Ini idea lain yang lebih kurang macam contest sebelum ini.

Berikan sesuatu contohnya ebook free, kupon diskaun, tips free, dan apa-apa yang anda rasa boleh datangkan manfaat untuk audiens anda.

Caranya post offer ni kat FB Profile dan FB Group yang berkaitan. Dan minta orang yang dah like FB Page anda pm anda, kemudian anda reply dengan berikan apa yang anda janjikan. Simple je.

Tips #9 - Jemput Mereka Yang Berada Di Dalam Email Contact Anda
Anda semestinya ada email provider yang anda gunakan untuk daftar Facebook kan. Mungkin anda gunakan samada Gmail atau Yahoomail. Saya yakin anda save email-email yang selalu berhubung dengan anda di dalam list contact email.

So apa yang anda boleh buat ialah, tulis email pendek untuk invite mereka like FB Page anda.

Yang terbaik ialah mesej pendek, padat disertai dengan link ke FB Page, contohnya:

Salam, hai (nama kawan anda)

Saya baru sahaja lancarkan satu FB Page bernama Strategi Marketing XXX yang mana saya akan kongsikan banyak tips dan eksperimen marketing saya, khususnya teknik copywriting dan close sales. Saya sangat hargai kalau anda dapat lawati dan LIKE FB Page saya, so anda akan lebih mudah nampak perkongsian dari saya nanti, InsyaAllah saya yakin, anda akan dapat banyak manfaatnya.

Ini link ke FB Page yang saya maksudkan: https://www.fb.com/strategimarketingxxx

Terima kasih,
Nama Anda
Tapi anda perlu hati-hati, sebab Gmail hanya benarkan 1 email dihantar ke 99 penerima sahaja, dan sehari hanya dihadkan hingga 2000 penerima email.

Tips #10 - Guna Facebook Page Plugin
Kalau anda ada laman web sendiri, dengan mudahnya anda boleh tarik pelawat laman web anda supaya like FB Page anda dengan menggunakan Facebook Page Plugin ini. Plugin ini dihasilkan sendiri oleh pihak Facebook, ianya mudah digunakan.

Apabila pelawat sampai di laman web anda, mereka akan nampak simple box seperti ini:

Nak install plugin ini memang sangat-sangat simple, semuanya diterangkan oleh pihak Facebook di sini - https://developers.facebook.com/docs/plugins/page-plugin

Tips #11 - Gunakan Facebook Badge
Ini lagi satu plugin yang Facebook sediakan, sangat mudah untuk gunakannya. Dengan Facebook Badges anda boleh letakkan badge FB Profile anda di laman web anda.

Anda boleh buat badge FB Profile anda di laman yang Facebook sediakan ini - https://www.facebook.com/badges/

Tips #12 - Gunakan Fungsi Status Tagging
Teknik ini boleh menarik minat friends yang nampak status anda, supaya klik nama FB Page anda, sekaligus meningkatkan potensi untuk mendapat lebih banyak like di FB Page anda.

Caranya simple je. Dalam status FB ada, taipkan '@' dan diikuti nama page anda

Tips #13 - Post Content Yang Orang Suka Viralkan
Salah satu post yang orang suka viralkan ialah Infografik. Jangan lupa letakkan watermark pada gambar infografik tersebut, dan jangan lupa letakkan juga link ke FB Page anda di dalam bahagian tulisan.

Buat post infografik tersebut di FB Page anda, kemudian anda sendiri perlu share post tersebut di mana-mana group releven yang berkaitan.

Orang lebih cenderung untuk share post yang telah dishare oleh orang lain sebelumnya. Jadi setiap kali bila ada orang share post tersebut, secara tidak langsung mereka akan sampai juga ke FB Page anda kerana di dalam post tersebut, ada link ke FB Page anda. :)

Tips #14 - Dapatkan Servis Naikkan Like Page
Anda boleh juga gunakan servis like page yang ada ditawarkan oleh usahawan di dalam Facebook.

Nak cari mereka mudah sahaja, simply taipkan "servis naikkan like page" dalam ruangan search box Facebook. Nanti anda akan jumpa beberapa orang yang melakukan servis ini.

Tips #15 - Hubungkan FB Page Dengan Twitter Anda
Anda boleh tarik followers di Twitter anda untuk jadi liker FB Page anda dengan cara ini. Teknik ini akan buatkan post anda di FB Page akan nampak di Twitter juga, dan akan ada link balik semula ke FB Page anda.

Kadang-kadang ada post di FB Page anda tak sesuai untuk audience di Twitter, so cara terbaik ialah anda perlu pilih sama ada post tersebut nak dipaparkan di Twitter anda atau tidak setiap kali anda hasilan post di FB Page.

Tips #16 - Benarkan Fans Anda Tag Nama Mereka Pada Gambar
Teknik ini terbaik untuk anda yang selalu anjurkan apa-apa event yang melibatkan fans anda. Ambil banyak gambar anda dan fans ketika event tersebut, dan upload gambar tadi di dalam FB Page anda.

Kemudian bagitahu fans anda untuk tag nama mereka sendiri di dalam gambar tersebut, ini akan membuatkan post gambar tersebut akan terpapar di FB Profile mereka juga, jadi secara tak langsung anda akan dapat trafik baru dari friends fans anda.

Tips #17 - Pastikan Komen Pada Blog Anda Selari Dengan Facebook
Teknik ini membenarkan sesiapa sahaja walaupun bukan fan atau liker anda komen pada blog anda. Caranya ialah anda perlu install plugin yang diberi nama Facebook Commenting Plugin. Facebook sudah sediakannya secara percuma di link ini -> https://developers.facebook.com/docs/plugins/comments

Apa yang best dengan plugin ini ialah, setiap kali pembaca blog anda komen pada blog post anda, komen mereka juga turut akan terpapar di news feed mereka sebagai status. Oh, jangan lupa letakkan link FB Page anda pada bahagian "URL to comments" untuk pastikan nama FB Page anda terpapar pada newsfeed mereka yang komen tadi.

Secara tak langsung friends mereka akan nampak status tadi, so anda akan dapat trafik baru dan berpotensi mendapat liker baru.

Contohnya seperti yang saya install di bawah ini, anda boleh cuba komen dan kemudian lihat di FB Profile anda. :)

Tips #18 - Pasang Facebook Like Button
Ini teknik paling mudah untuk tarik pelawat laman web atau pembaca blog anda supaya like FB Page anda.

Anda hanya perlu install Like Button di dalam laman web atau blog post anda. Cara untuk install Like Button ini juga mudah dan ianya sememangnya sudah disediakan oleh Facebook. Anda boleh lihat cara install di link ini: https://developers.facebook.com/docs/plugins/like-button

Contoh Like Button yang saya install seperti di bawah. Anda boleh cuba klik "LIKE" :)

Tips #19 - Gunakan Media Offline & Tradisional
Cara terbaik untuk meningkatkan like FB Page anda adalah dengan menggunakan apa sahaja saluran yang dibenarkan.

Semestinya yang paling terbaik ialah saluran mainstream & offline, antaranya iklan di surat khabar, iklan radio, iklan televisyen, papan iklan billboard, dan paling cost efektif ialah flyers.

Tips #20 - Promosi Melalui Email Newsletter
Jika anda menggunakan Email Marketing sebagai salah satu cara memasarkan produk, anda boleh cuba letakkan link ke FB Page anda pada setiap hujung email yang anda blast kepada subscribers/list prospek anda.

Anda boleh letakkan link direct ke FB Page dan sedikit ayat Call To Action meminta mereka like, atau boleh juga letakkan ikon FB Like, terpulang kepada kreativiti anda menghasilkan email tersebut.

Tips #21 - Beri Komen Yang Positif (Sebagai FB Page) Kepada FB Page Lain
Teknik ini sangat bagus untuk exposed FB Page anda kepada bakal target audience anda. Caranya anda hanya klik pada bahagian anak panah di bahagian atas kanan profile, pilih nama FB Page anda.

Kemudian, turut serta dalam mana-mana perbualan dan perbincangan di dalam FB Page lain yang ada persamaan niche dengan FB Page anda, jangan lupa tinggalkan komen yang positif dan sedikit added value dengan tuliskan tips pendek atau apa-apa info yang boleh membantu audience di dalam perbincangan tersebut.

Secara tak langsung, audience yang membaca pendapat anda akan kenal FB Page anda, dan respect anda sebagai FB Page yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut, lebih tinggi potensi untuk anda mendapat trafik baru dan liker baru.

Tips #22 - Masukkan Nama FB Page Di Dalam Bisnes Kad
Teknik simple ini ramai yang terlepas pandang. Tapi anda tahu tak setiap orang yang menerima bisnes kad anda mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk check it out link FB Page yang anda berikan di dalam bisnes kad anda.

So lepas ni jika anda tempah design bisnes kad, jangan lupa sertakan sekali link ke FB Page anda.

Tips #23 - Gunakan QR Code
Berbanding meletakkan link FB Page yang panjang di bisnes kad, flyers dan online poster anda, QR Code adalah alternatif yang lebih mudah. Orang hanya perlu scan QR Code anda menggunakan QR Code Generator yang mudah didapati hampir dalam semua jenis smartphone.

Anda boleh hasilkan QR Code untuk FB Page anda sendiri secara percuma di laman web ini: QRStuff dan Kaywa

Tips #24 - Komen Pada Blog Yang Relevan
Ya, teknik oldskool ini masih lagi boleh digunakan hingga ke hari ini. Layari blog-blog yang sama niche dengan blog dan FB Page anda.

Tinggalkan komen positif dan sedikit added value seperti tips ringkas untuk buatkan pembaca blog lain tertarik dengan ilmu dan info yang anda kongsikan. Jangan lupa letakkan ayat Call To Action meminta mereka like FB Page anda di akhir komen.

Secara tak langsung anda dapat bina kredibiliti anda, dan FB Page anda berpeluang untuk menerima lebih ramai liker yang berkualiti.

Tips #25 - Upload Video Ke Dalam FB Page Anda
Video biasanya mendapat lebih banyak engagement di Facebook. Terutamanya video unik yang anda hasilkan sendiri. Hasilkan video yang sesuai dengan audience anda, dan upload di dalam FB Page anda.

Share post video tersebut di dalam FB Group yang bersesuaian. Orang yang menonton video tersebut cenderung untuk share juga kerana mereka lihat ada orang yang share sebelum ini.

Secara tak langsung, video anda lebih mudah menjadi viral, selain itu anda berpotensi mendapat trafik baru dan liker baru yang semakin bertambah.

Tips #26 - Guna URL/Username Facebook Yang Mudah Diingati
Hasilkan URL/Username FB Page dengan nama yang unik dan mudah diingati oleh prospek anda. Anda boleh hasilkannya dengan:

1- Masuk ke dalam FB Page anda
2- Pergi ke bahagian "About"
3- Klik pada bahagian "Username (Create Page @username)"
4- Masukkan username yang mudah diingati dan unik
5- Klik butang "Create Username"

set username fb page
username fb page
Tapi ingat, apabila anda tetapkan URL/Username Facebook, anda tak boleh ubah lagi. Make sure anda tak tersilap.

Apa yang bagusnya memiliki URL/Username Facebook yang unik dan mudah diingati - Audience mudah mencari FB Page anda, dan jika anda berikan content yang bagus, mereka mudah untuk warwarkan FB Page anda kepada rakan-rakan mereka hanya dengan berikan URL unik FB Page yang anda hasilkan. So semakin tinggi potensi untuk mendapat liker baru.

Tips #27 - Pastikan Rekabentuk Grafik Kelihatan Profesional
Upah designer untuk hasilkan logo, dan timeline cover bagi FB Page anda. Saiz FB timeline cover yang terbaik ialah: 851 x 350 pixels.

Lagi bagus kalau setiap content anda yang mengandungi gambar, anda gunakan juga khidmat designer untuk hasilkannya juga. Tetapi jika anda kekurangan bajet, anda boleh cuba design sendiri dengan menggunakan software mudah. Powerpoint pun boleh hasilkan design jika anda kreatif.

Rekabentuk yang kelihatan profesional secara tak langsung buatkan audience anda sentiasa ingat 'trademark' FB Page anda, dan menarik minat fans dan liker baru.

Tips #28 - Letakkan Watermark Pada Grafik & Video
Watermark adalah salah satu teknik untuk brandingkan content anda, samada grafik (gambar, infografik, quote) dan video.

Anda boleh letakkan watermark pada gambar dengan mudah menggunakan software grafik seperti Photoshop, atau jika anda tiada kemahiran menggunakan software grafik, anda boleh gunakan Power Point. Ya, semudah itu! Jika anda mahukan yang mempunyai banyak template gambar yang menarik, anda boleh gunakan software grafik online seperti Stencil, anda ada pilihan untuk guna yang percuma atau pakej berbayar.

Untuk watermark pada video pula anda boleh gunakan Camtasia atau ScreenCast-O-Matic

Pada watermark tersebut, tuliskan URL FB Page anda, jadi audience yang melihat grafik dan menonton video tahu yang content tersebut adalah dari FB Page anda. Dan apabila content anda tadi mendapat share dari audience, dengan mudahnya anda akan mendapat trafik dan liker baru. :)

Tips #29 - Minta Pelanggan Sedia Ada Like FB Page Anda
Aha! Jika anda dah ada ramai pelanggan yang membeli produk atau menggunakan servis anda, jangan pelik ada antara mereka yang belum like FB Page anda tau.

Ini perkara biasa sebab kadang-kadang ada pelanggan yang tak sabar untuk terus membeli, dan mereka terlupa like FB Page anda.

So paling mudah ialah, follow up pelanggan tadi dengan cara yang mereka gunakan untuk order produk anda, samada melalui FB Pm atau Whatsapp, ingatkan mereka supaya like FB Page anda untuk memudahkan mereka dapat perkembangan terkini, atau mungkin anda boleh aturkan diskaun istimewa untuk mereka.

Tips #30 - Promosikan Setiap Blog Post Anda Kepada Fans/Liker
Idea teknik ini ialah kita mahu dapatkan kuasa leverange trafik dari fans/liker sendiri. Caranya anda perlu hasilkan blog post di blog anda secara konsisten. Pastikan content yang anda hasilkan memberi manfaat kepada fans anda dan membantu mereka.

Setiap kali anda selesai hasilkan blog post, promosikan link blog post tersebut di dalam FB Page anda. Fans anda yang berminat akan pergi ke blog post tersebut, dan apabila mereka merasakan content tersebut bagus & bermanfaat, mereka akan share blog post tersebut. Oh, pastikan anda pasang juga FB Share Button di setiap blog post.

Apabila mereka share, secara tak langsung anda akan mendapat trafik berkualiti baru dan fan/liker anda akan bertambah dengan mudah.

Tips #31 - Selalu Semak Aktiviti Yang Tingkatkan Pertambahan Like
Semestinya dalam setiap aktiviti yang anda lakukan terutamanya dalam mengembangkan audience/prospek untuk bisnes, anda tak dapat lari dari melakukan tracking / semakan.

Sentiasa semak perkembangan dan pertambahan liker FB Page anda setiap kali sebelum dan selepas anda lakukan apa-apa teknik untuk tambahkan like FB Page.

Anda boleh semak dengan mudah di bahagian Facebook Insight

Dengan melihat data di platform tersebut anda dapat tahu teknik atau aktiviti yang mana menyumbang kepada pertambahan liker dengan cepat dan banyak, jadi anda boleh fokus kepada teknik tersebut dan scale up untuk pertambahan yang lebih banyak.

Tips #32 - Gunakan Social Share Button
Dengan memasang Social Share Button di dalam setiap blog post juga boleh mendapatkan extra trafik ke FB Page anda.

Tetapi dengan syarat anda perlu pastikan anda juga memasang FB Page Plugin (Tips #10) dan FB Like Button (Tips #17). Jadi apabila ada pembaca blog anda share content blogpost anda dengan klik pada Social Share Button, friends atau followers mereka samada di Facebook atau Twitter akan nampak, dan mereka pula akan pergi ke blog post anda tadi.

Selepas mereka membaca blog post anda, mereka nampak FB Page anda, secara tak langsung mereka cenderung untuk klik like dan jadi likers anda pun semakin bertambah.

Contoh Social Share Button adalah seperti yang saya pasang pada bahagian kiri atau bawah (mobile) artikel ini. Saya menggunakan Shareaholic untuk hasilkan butang-butang comel tersebut.

Tips #33 - Update Post Secara Konsisten
Post yang konsisten dan berkualiti dalam FB Page sangat penting untuk memastikan fans anda sentiasa ingat akan bisnes atau brand anda.

Post sekurang kurangnya 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali malam. Tetapi jika lebih dari 2 kali lagi bagus untuk meningkatkan engagement (like, komen, share).

Jika anda tak sempat untuk menulis post sehari 2 kali, anda boleh gunakan fungsi Schedule di dalam setiap post, untuk jadualkan siap-siap post anda. Contohnya esok anda ada urusan dan anda memang tahu ana tak sempat buat posting esok, jadi malam ini anda boleh schedule-kan terlebih dahulu post untuk esok, anda boleh pilih pada berapa haribulan dan pukul berapa untuk paparkan post tersebut. Mudah kan.

Dengan update post berkualiti secara konsisten, fans anda akan sentiasa ingatkan pada bisnes dan brand anda, sekaligus mereka akan rekemenkan FB Page anda kepada friends mereka. Semakin tinggilah potensi untuk anda menambahkan bilangan likers.

Tips #34 - Anjurkan Pertandingan "Fans Of The Month"
Fans anda for sure akan happy bila namanya dianugerahkan "Fans Of The Month" dan dapat memenangi hadiah. Contest seperti ini akan membuatkan fans anda engage (like, komen, share) dengan lebih banyak.

Anda mungkin boleh anjurkan pertandingan fans yang membawa paling banyak fans baru, akan dinobatkan Fans Of The Month dan diberi hadiah istimewa. Ini membuatkan fans/liker anda akan bertambah dengan pantas! :)

Tips #35 - Promosi FB Page Anda Pada Signature Forum
Teknik evergreen ini dari dulu hingga sekarang masih lagi berkesan. :) Jika anda aktif berbincang dalam mana-mana forum, inilah masanya untuk leverage trafik yang ada di dalam perbincangan forum tersebut.

Simply letakkan link FB Page anda pada ruangan signature forum. Anda boleh buat ayat ringkat seperti ini:

Join Saya Di FB Page: Affiq Fadzil Internet Marketer
Jadi apabila setiap kali anda post komen di dalam kolum forum tersebut, di bahagian bawah komen, akan terpapar link ke FB Page anda.

Semakin aktif anda berbincang dan suarakan pandangan di dalam forum, semakin naik kredibiliti anda, dan semakin tinggi peluang untuk anda mendapat lebih ramai liker baru untuk FB Page anda.

Tips #36 - Promosi FB Page Anda Pada Signature Email
Teknik ini hampir serupa dengan teknik promosi melalui signature forum tadi. Anda hanya perlu setkan signature untuk email anda, letakkan link FB Page anda, then you are good to go!

Setiap email yang anda hantar dan anda reply selepas ini, penerima email tersebut akan nampak paparan link ke FB Page anda. Anda berpotensi untuk mendapat liker baru dari orang yang anda berhubung melalui email.

Tips #37 - Sentiasa Tambah Friends Anda Di Facebook Profile
Kembali kepada manual. Lebih ramai friends yang anda ada di dalam friendlist FB Profile, lebih tinggi potensi untuk anda bawa mereka masuk sebagai likers FB Page anda.

Gunakan salah satu feature yang disediakan oleh Facebook iaitu "Find Your Friends Tools" untuk mencari friends yang relevan dengan niche anda.

Tips #38 - Buat Cabutan Bertuah & Hadiahkan Cenderahati Terpapar Nama FB Page Anda
Teknik ini memerlukan anda keluarkan sedikit modal untuk print nama FB Page anda di atas tshirt atau cap(topi) atau mug malahan pen dan buku nota.

Ianya terpulang kepada budget anda, apa yang penting berkenaan idea ini, anda mahu fans anda mempromosikan FB Page anda apabila dia berada di luar rumah. Lagi sekali kita menggunakan kuasa leverage.

Tips #39 - Cross Promotion Dengan Admin FB Page Lain
Sebelum ini saya terangkan cross promotion untuk FB Page anda sendiri (bagi yang mempunyai lebih dari 1 FB Page). Kali ini cross promotion dengan FB Page dari admin lain pula.

Anda perlu hubungi admin FB Page yang sama niche dengan anda, suarakan hasrat untuk cross promotion. Terangkan yang ianya bagus untuk kedua-dua pihak untuk pertambahan trafik dan liker.

Tips #40 - Design Cover Photo Mempunyai CTA Like
Audience yang baru sampai ke FB Page anda tak tahu apa yang mereka perlu buat selain baca post-post anda.

Dengan menghasilkan rekabentuk cover timeline atau cover photo yang mempunyai Call To Action (arahan) menyuruh mereka klik like page, mereka akan ikut saranan anda. Tapi pastikan deifn tersebut sesuai dan profesional.

Tips #41 - Sertakan Link FB Page Anda Dalam Setiap Blog Post
Ingat lagi tak dalam Tips #29 saya ada cadangkan anda sentiasa promosikan blog post anda kepada fans? Ok, secara mudahnya apabila anda promosikan blog post kepada fans anda, mereka akan baca blog post tersebut dan jika content anda bagus, mereka akan share (dengan syarat anda perlu pasang Social Share Button).

Cara yang lebih mudah ialah, anda boleh letakkan link FB Page anda pada setiap penghujung blog post untuk galakkan pelawat yang sampai ke blog post anda tadi sampai juga akhirnya ke FB Page anda dan seterusnya menjana liker baru.

Tips #42 - Online Banner Promosikan FB Page
Selain mengupah designer menghasilkan rekabentuk cover photo dan timeline cover, anda boleh juga upah designer untuk hasilkan online banner mempromosikan FB Page anda untuk diletakkan dibahagain sidebar blog anda.

Pastikan designer menghasilkan design yang cantik dan profesional untuk menarik minat pembaca blog anda supaya klik iklan banner dan like FB Page anda.

Tips #43 - Letakkan Link FB Page Pada Bahagian Menu Di Blog
Mungkin teknik ini ramai yang terlepas pandang. Dengan meletakkan link FB Page anda pada bahagian Menu di dalam blog anda, anda akan mendapat trafik extra ke FB Page.

Biasanya pelawat atau pembaca blog akan melihat Menu yang ada di blog, so inilah masanya untuk anda gunakan kesempatan tersebut.

Tips #44 - Hasilkan Merchanise FB Page Anda
Tempah merchandise seperti tshirt, topi, landyard, pen, mug dan berbagai lagi yang mempunyai nama FB Page anda. Anda boleh pakai dan gunakan di mana-mana sahaja dan berikan kepada ahli keluarga, saudara dan pelanggan anda untuk mereka gunakan sekaligus mempromosikan FB Page anda secara tak langsung. 

Tips #45 - Cetak Penanda Buku, Kalendar & Sampul Duit Raya Dengan QR Code FB Page
Anda boleh berikan penanda buku dan kalendar ini kepada pelanggan anda sebagai free gift ketika pos barangan mereka.

Daripada berikan sampul duit raya yang hanya terpapar design suasana raya semata-mata, lebih baik anda leverage dengan meletakkan QR Code FB Page anda. Dalam masa yang sama anda dapat menjana trafik dan liker baru. :)

Anda Mahukan Liker FB Page Yang Targeted Hingga 500 Liker Sehari?

Dengan satu software pintar ini, anda mampu mendapatkan hingga 500 liker yang targeted (berkualiti dan berminat dengan produk/servis/post anda) setiap hari.

Anda hanya perlu lakukan 3 step mudah ini:

1- Buat Post
Buat satu post khas yang meminta orang like & komen di post tersebut

2- Invite Liker Post
Invite semua liker post tadi supaya like FB Page anda dengan menggunakan software pintar ini

3- Jana Income
Selepas mereka like FB Page anda, mereka adalah audience atau prospek yang targeted dan berpotensi tinggi menjadi pembeli anda. Lebih mudah untuk anda hasilkan lebih banyak sales!

Software yang saya maksudkan ialah Liker Converter. Software ini dibangunkan sebagai satu Chrome Extension, jadi untuk menggunakan software ini anda mestilah menggunakan browser internet Google Chrome. Ianya mudah dipasang dan antara kelebihannya ialah:

Unlimited Invite
Boleh invite sebanyak mana liker post yang anda nak, tanpa limit (kecuali limit harian oleh FB iaitu 500 sehari)
Unlimited FB Page
Boleh guna untuk semua fanpage anda tanpa had.
Lifetime Access
Tanpa bayaran bulanan, dengan 1 bayaran anda boleh gunakan software ini tanpa had.
Automation
Anda biarkan software bekerja secara automatik tanpa perlu pemantauan.
1 Klik Sahaja
Anda hanya perlu klik button on, kemudian software akan uruskan semuanya sendiri
Menepati Polisi Facebook
Software ini dibuat mengikut Terma Servis dan Policy yang ditetapkan oleh Facebook.
Anda boleh dapatkan info lanjut tentang software Liker Converter di PAGE INI
likerconverter
Semoga dengan 45 tips + 1 software yang saya kongsikan di dalam artikel ini dapat membantu dan memberi idea kepada anda dalam usaha menaikkan like FB Page bisnes anda. Liker di FB Page sangat penting untuk anda menjalankan bisnes online yang konsisten dan menunjukkan kepercayaan serta keyakinan prospek dan pelanggan terhadap bisnes anda.

All the best dan good luck.

Anda boleh like dan follow saya di FB Page saya di fb.me/AffiqFadzilIM

TIPS PILIH LAUK TENGAHARI untuk KURUS

TIPS UNTUK PILIH LAUK MAKAN TENGAH HARI DI KEDAI"
(Untuk turun berat badan)

Tips mudah & praktikal :-

[1] NASI SEPARUH ATAU 1/3 PINGGAN. Kebanyakan orang akan ambil nasi penuh sepinggan. Sedangkan aktiviti yg dilakukan tidak perlukan sumber kabohidrat (tenaga) sebegitu banyak.. Lain la perkerja buruh kasar atau yg bekerja berat..

[2] CARI IKAN DULU KALAU XDE BARU CARI AYAM. Ikan sumber protin yg rendah lemak..Ayam pun protin tapi lemak lebih tinggi drp ikan.. Sekarang ni plak ayam byk kene "cucuk" ..

[3] CARI LAUK YG TAK BERGORENG (DEEP FRIED). Makanan yg bergoreng kalori menjadi sgt tinggi, lemak tinggi dan selalu nya di kedai makan, minyak digunakan berulang kali, tidak bagus utk kesihatan..

[4] PILIH AYAM BAHAGIAN DADA & BUANG KULIT. Ayam bahagian dada ialah bahagian yang paling tinggi protien & rendah lemak.. lebih kenyang dan sado..hehe

[5] AMBIL SAYUR LEBIH SEBAB NAK KASI KENYANG. Ramai orang mengeyangkan perut nye dengan nasi yg banyak.. saya pilih untuk mengeyangkan perut saya dengan sayur sebab sayur pun sumber kabohidrat ttp kabohidrat komplex yg bole kenyang lama dan sudah tentu lebih vitamin dan lebih fiber dibandingkan dengan nasi putih..

[6] DAGING LEMBU MEMANG X SENTUH. Saya x ambil lauk daging kerana walapun daging tinggi protin, tetapi daging menpunyai lemak tepu yg sangatttt tinggi.. saya cuma makan daging di kenduri kahwin atau makan western beef steak.. apetah lagi menate steak..hehe

[7] TAK AMBIL BAHAGIAN ORGAN DALAMAN. Bukan kerana takut naik berat badan, tetapi makanan jenis ini boleh merosakkan villi (usus) dan secara x langsung akan menyumbang kepada kenaikan berat badan bila usus tidak cukuf efektif..

[8] SEMESTINYA MINUM AIR SUAM DAN BUKAN AIR MANIS. Ini adalah tips yang paling simple tapi ramai orang yang x mampu lakukan kerana dah biasa mnum air manis.. Mulut & lidah belum di latih untuk lebih suka kpd air kosong.. Semestinya air suam ZERO CALORIE.. Air manis lebih tinggi kalori dah gula..

Nak turun berat ni tak mahal.. Bayangkan air manis secawan rm1.50.. Sehari 2 gelas = rm3. Darab dengan 30 hari= rm90.. Kita boleh jimat rm90 sebulan dengan hanya menukar tabiat air manis ke minum air kosong.. Itu tak kira lagi kalu minum teh ais atau milo ais yg lagi mahal daripada harga petrol..hehe..

Semoga dapat manfaat dari perkongsian ini.. Selamat beramal..

Like & Share kalau anda rasa berguna..

Ahad, 5 Ogos 2018

APA YANG CUSTOMER TAK SUKA

Apa yang pelanggan tak suka walaupun dia nak barang tu..

1)DATANG JUAL BARANG
2)TERLALU MEMAKSA/MEMDESAK
   -paksa pelanggan untuk membeli produk/servis kita
3)BRAND YANG TAK DIKENALI
- brand mesti orang suka
-brand mesti orang nampak
-brand mesti orang yakin

MENTALITI BUAT CUSTOMER SUKA KEPADA ANDA

1)Kenal Masalah pelanggan
-bagi solution
-kongsi tips (bagi nampak kita nak tolong pelanggan)

2)Buat pelanggan rasa dihargai
-bagi benda FREE/PERCUMA
-bagi EBOOK FREE
-Ucap selamat setiap hari
-ucapan "SEMPENA......."
-Doakan pelanggan
- Sample FREE

3)Bantu Pelanggan sebelum mereka membeli
-video tutorial
-FB live sharing tips
-jangan berkira dgn pelanggan

4)Banyakkan SHARING
-Tips
-Bantuan
-guidelines
-entertain
-Nasihat /petua
-Testimoni

5)Educate @ teaching:
-Ikut kepakaran kita
-Tutorial

Khamis, 2 Ogos 2018

TIPS BUANG PERASAAN MALU BERNIAGA

Assalamualaikum.

Semoga anda yang sedang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T.

Saya percaya ramai yang ingin buat bisnes. Tapi perkara utama yang menjadi penghalang adalah perasaan MALU. Ada tak yang pernah rasa macam ni?

Biasanya kita malu untuk memberitahu secara bersemuka kepada rakan atau orang ramai tentang barangan yang kita jual.

Sebenarnya, saya pun malu nak berbisnes. In fact saya memang pemalu orangnya, tapi dengan orang yang tak kenal jela. Muntah pulak kawan-kawan rapat saya kalau dapat tahu saya cakap saya ni pemalu.haha

Sekarang ni saya tengah belajar cara membuat bisnes dengan mentor saya. Saya diajar untuk buat Online Marketing. So, mestilah kena guna medium Facebook untuk berbisnes. Blog ni pun salah satu caranya jugak.

Masalahnya sekarang saya ni pemalu. Self-confident rendah pulak tu. Boleh bilang dengan jari berapa kali je saya update status dekat facebook.

Takkan tiba-tiba pulak nak post macam-macam pasal bisnes kat facebook? Lama jugak saya fikir pasal malu ni.

Saya tanya mentor saya pasal ni, mentor saya cakap kalau kita malu nak berbisnes rezeki pun akan malu datang dekat kita. Tersentap sekejap.

Jadi sekarang tindakan saya adalah saya wajib pecahkan tembok malu dan takut untuk berbisnes dalam facebook dan medium social yang lain.

Bila difikirkan balik “kenapa kita hendak malu? Kita mencari rezeki Allah dengan cara yang betul.” Tak perlu risau apa orang kata sebab mereka tak tolong kita dalam mencapai impian dan cita-cita kita pun.

Kalau ada yang masih malu atau takut, cuba tanya diri 'Impian saya lagi besar atau 'pandangan manusia' lagi besar?'

Jika ada yang malu juga untuk berbisnes, mari kita fikirkan sejenak point di bawah ini: (Sumber : Majalah Niaga)

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.
Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda.

“9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR Tarmizi)

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah s.a.w

3. Perniagaan dapat membantu tambah nilai dalam hidup orang lain.
Niat kita berbisnes supaya kita dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain. Niat untuk lebihkan bersedekah dan zakat. Renungkan, dengan hidup sekarang mampu ke kita bagi manfaat kepada hidup orang lain.

Ok sekarang saya nak share Tips untuk mengatasi rasa malu nak berbisnes.

1. Berdoalah kepada Allah dengan doa yang specifik.
Contohnya, 'Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk aku menjalankan bisnes, kurangkan rasa malu aku dan berikan keyakinan diri yang mantap kepadaku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penolong'.

2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.Tentukan minat anda.

3. Yakin dengan bisnes / produk yang hendak diusahakan. Tambahkan ilmu produk,belajar cara marketing. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab. Pastikan ada mentor untuk di rujuk ye.

4. Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh? Cabar diri sendiri untuk buat sesuatu yang diluar kebiasaan. Keluar dari zon 'selesa' sekarang.

5. Baca dan dengar pengalaman orang lain. Sebenarnya ramai yang berjaya sekarang ada sifat malu pada permulaannya,tetapi mereka cabar diri buang sifat malu dan rasa takut untuk berbisnes. Baca kisah macam mana mereka bertindak.

Diharapkan apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak membuka dan mengubah minda anda tentang bisnes. Saya doakan anda kaya dan berjaya.