Selasa, 24 Julai 2018

Tips Perniagaan makanan dan Restoren

Jika anda seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan dan restoran, anda wajib ikut tips penting saya nak share petang ni.

Sebenarnya nak onlinekan bisnes makanan perlukan banyak perkongsian berbanding menjual. Banyak perkara kena tunjukkan pada orang ramai bahawa anda ni layak menjadi perhatian kepada golongan pemakan tegar.

So apa benda content yang anda patut share? Kat sini ada 7 idea atau benda yang anda WAJIB share supaya anda kelihatan lebih pakar dan menarik.

1)SHARE KEPAKARAN ANDA

Share di FB Page anda cara anda memasak atau anda buat satu show secara live sesi untuk rasa makanan macam program TV yang popular iaitu Jalan-jalan Cari Makan. 

Boleh juga anda kongsikan cara nak buat satu menu yang lazat untuk sambut tetamu. Anda boleh buat posting video, LIVE atau posting bergambar.

2)SHARE STORY TENTANG MENU/MAKANAN

Bukan nya anda kongsikan tentang apa resepi saja, mungkin di sebalik makanan dan menu yang ada tu ada kisah tersendiri sehingga lahir nama yang unik untuk menu tersebut. 

Ini akan buatkan bisnes anda nampak lebih menarik dengan keunikan yang ada ni dan buatkan follower anda ingin lebih tahu lepas tu.

3)SHARE MOMENT PELANGGAN

Ini sebenarnya biasa anda lakukan tapi anda bukan lakukan untuk bisnes anda. So, anda rugi di sini. Anda sepatutnya lakukan bersama pelanggan. Selfie bersama pelanggan dan sharekan di social media.

Lagi-lagi bila anda mempunyai pelanggan yang mempunyai pengaruh yang meluas macam artis atau mana-mana individu yang terkenal.

So, buat 3 tips ni dulu dan lihat perubahan sambutan di FB page anda dan tingkatkan kredibiliti bisnes anda secara online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan