Selasa, 31 Julai 2018

TIPS MARKETING DI INSTAGRAM

Cara Betul Nak Gunakan Instagram Untuk Bisnes

1. Set Up Profile Dan Akaun Awak

Kalau awak belum lagi download aplikasi Instagram ni, awak boleh download di App Store atau Google Play Store.

Ok, bila awak dah cipta akaun Instagram dekat aplikasi mobile, aplikasi itu akan ajar awak beberapa langkah untuk setup. Jadi ni ada dua benda yang awak kena take note:

a) Profle photo

Gambar DP Instagram awak akan dilihat dalam bentuk bulat.

Jadi kalau awak nak pakai business logo awak, pastikan awak letakkan logo tu di tengah tengah gambar. Kalau tak gambar awak akan terkeluar daripada size bulat tersebut. Cacat nanti.

b) Informasi Profile

Aplikasi ini tak akan suruh awak untuk update informasi awak tapi lebih baik untuk awak update.

Untuk isi informasi awak, awak boleh pergi dekat profile awak dan tekan “Edit Profile”. Ada dua bahagian untuk awak isi iaitu website awak dan bio awak. 

Gunakan ruangan isi ini dengan baik dengan memperkenalkan bisnes awak. Takpayah tulis panjang2, ringkas dan mudah orang faham. Cukup.

Kalau awak nak tukar username awak (i.e @username), awak bole tukar dekat situ juga.

Dah habis buat? TAHNIAH, awak berjaya masuk ke dalam dunia Instagram.

2. Post Gambar Ataupun Video

Bila awak nak post gambar ataupun video, just tekan ikon “+” sahaja yang ada dekat bawah tu. Instagram akan tunjuk awak punya gambar terkini dalam album awak.

Jadi awak cuma perlu pilih sahaja sama ada awak nak upload gambar atau video.

Ni abam nak bagi tips sikit, dalam IG, awak juga boleh upload lebih 10 keping gambar dan video dalam satu post Instagram.

Edit Gambar

Awak tahu tak yang awak boleh edit gambar awak mengikut kecerahan, warna dan banyak lagi. Bila gambar awak dah cantik, awak cuma perlu tekan Next sahaja untuk post.

Salah satu daripada perkara yang baik untuk menaikkan Instagram awak ialah dengan cara post gambar secara konsisten.

Bila abam tengok banyak peniaga yang menjual dalam Instagram, kebanyakkan mereka semuanya sangat konsisten dalam upload gambar di IG mereka.

Kalau diikutkan, adakah mereka buat saja-saja? Tidak, ini semua sebab mahu tingkatkan follower dan mahu konsisten agar brand kita sentiasa dilihat orang. Tetapi jangan terlalu kerap sangat.

Berpada-pada.

3. Post Story Di Instagram

Awak tahu tak yang lebih dari 250 juta orang yang post Instagram story setiap hari. Instagram Stories ni sebenarnya satu konten baru dalam Instagram.

Ia merupakan gambar dan video yang hanya akan bertahan dalam masa 24 jam sahaja. Akaun yang dah disahkan boleh add link dengan Instagram story untuk mudahkan followers visit website mereka secara terus.

Dia sebenarnya tak sama dengan post biasa Instagram, story dekat Instagram ni tak akan ada dekat profile galeri awak ataupun di feed followers awak.

Ni ada 10 cara yang berbeza yang awak boleh guna untuk Instagram Stories:

Beritahu apa-apa perkara yang terkini
Share tips-tips menarik
Promosi blog post
Kongsi list produk yang menarik
Umumkan apa-apa promosi yang sedang berjalan
Offer diskaun
Kongsi statistic yang menarik
Kongsi kata-kata motivasi
Pengumuman penting
Aktiviti dalam syarikat awak
Sekarang adalah zaman video konten. Awak perlu gunakan sebaik mungkin IG Story ni kerana ia mampu memberikan kesan dan impak yang tinggi kepada bisnes awak.

4. Cari Followers

Next, awak perlu follow mana mana akaun Instagram dan tengok apa yang mereka dah post.

Kalau awak tak follow mana mana akaun, Instagram akan minta awak untuk follow sesiapa yang dekat feed awak dan akan berikan cadangan untuk awak follow mana mana akaun.

Bagi yang buat bisnes guna IG, sememangnya lebih baik untuk awak follow pelanggan awak kerana ia mampu menimbulkan perasaan yang mereka dihargai atau dikenali.

Bila awak ada follower baru, awak juga boleh dapat notifikasi. Awak boleh cuba tengok tengok profile mereka.

Dan jangan lupa untuk follow pesaing awak untuk lihat bagaimana mereka menggunakan IG mereka dengan efisien. Kerja awak lihat dan lakukan lebih baik dari diaorang.

5. Balas Komen Dekat Post

Media sosial ni bukan sahaja tempat untuk awak publish produk awak. Tapi untuk adakan hubungan juga.

Bila followers awak komen dekat post awak, contohnya bagi pandangan ataupun tanya apa-apa soalan tentang bisnes awak, sebenarnya ini merupakan latihan yang bagus bila awak reply soalan mereka dengan segera.

Percayalah ini menunjukkan yang awak prihatin dan mendengar kepada pelanggan awak.

Berhubung dengan followers, mereka ini sebenarnya boleh berikan banyak manfaat dan bantuan dalam menaikkan bisnes awak, awak juga boleh buatkan pelanggan awak jadi setia dengan jenama awak jika awak pandai untuk membuat hubungan dengan mereka.

Salah satunya adalah dengan melayan soalan atau pertanyaan yang mereka tanyakan kepada awak. Percayalah cakap abam ia mampu wujudkan follower yang setia kepada jenama awak.

6. Gunakan Tools Yang Boleh Membantu

Finally, kalau awak rasa macam nak adventurous, awak boleh check Instagram tools yang boleh bantu awak untuk create content yang lebih baik, menjimatkan masa dan post secara konsisten. Ini abam listkan beberapa tools untuk bantu awak

Photo editor by Aviary – untuk edit gambar (web dan mobile app)

Display Purpose – untuk cari top hashtag (web sahaja)

Adobe spark – untuk buat Instagram stories yang gempak (web dan mobile app)

Buffer for Instagram – untuk post gambar secara konsisten )web dan mobile app)

Abam harap dengan perkongsian 6 cara mudah dan betul untuk mulakan bisnes di instagram dapat membantu lagi awak meluaskan teknik pemasaran awak dalam perniagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan