Selasa, 31 Julai 2018

Tips marketing Instagram by Dr Azizan Osman

1. Gambar berkualiti.

Mulakan Instagram anda dengan gambar yang berkualiti. Ini kerana, dengan gambar yang cantik dan berkualiti, pemasaran Instagram anda akan lebih efektif dan professional.

Cari idea untuk menjadikan gambar anda lebih unik untuk menarik lebih ramai pengunjung dan menonjol dari ribuan gambar yang lain.

insta_blog-86002. Biodata dan link.

Pastikan Instagram anda mempunyai biodata anda. Ianya hendaklah yang mudah diingati, ringkas dan unik. Semasa mendaftar ‘username’, pastikan anda tidak memilih nama yang terlalu panjang.

Nama merupakan identiti kepada sesuatu produk. Jika boleh, sertakan bersama ‘tagline’ untuk jenama anda dan ‘link’ perniagaan anda seperti Facebook atau Blog.

insta_blog-10600

3. Target Follower.

Semestinya pengikut anda ialah orang yang benar-benar ingin beli produk atau perkhidmatan yang anda sediakan.

Sekiranya anda berniaga produk kecantikan atau barangan berkaitan wanita, target ‘followers’ anda mestilah golongan wanita yang sudah bekerja atau pelajar kolej atau universiti.

Pastikan juga, sekiranya anda ‘follow’ seseorang di Instagram, dia juga akan follow anda balik (F4F).

insta_blog-3600

4. Hashtag dan tagging.

Salah satu cara yang berkesan ialah menggunakan ‘hashtag’ (#) dan ‘tagging’. Untuk ‘hashtag’, anda boleh mengambil peluang dengan menggunakan ‘hashtag’ yang popular atau sedang ‘trending’.

Ini secara tidak langsung, apabila seseorang klik ‘hashtag’ tersebut, barangan atau produk anda akan muncul bersama. TETAPI, sila gunakan ‘hashtag’ dengan penuh etika.

Jangan pula anda sibuk nak war-warkan bisnes anda dalam #hashtag yang tak bersesuaian, contoh anda buat posting pasal produk kecantikan, dengan gambar yang ceria dan gembira tapi gunakan #savegaza atau #prayforsyria, kan tak sesuai ‘tu?

Untuk penggunaan ‘tagging’ pula, anda boleh meminta rakan-rakan anda ‘tag’ menggunakan jenama produk atau servis yang anda sediakan (cross tagging).

insta_blog-2600

5. Caption yang memukau.

Setiap gambar yang anda muat naik, jangan lupa untuk meletakkan ‘caption’ yang menarik dan memukau pembaca.

Ulas sedikit mengenai produk dan servis yang anda sediakan.

Ia tidak memerlukan kata-kata yang panjang, cukup sekadar ayat yang ringkas tapi padat dan bermakna.

insta_blog-4600

6. Hubungkan Instagram dengan Facebook atau Twitter.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Instagram boleh dihubungkan bersama Facebook atau Twitter. Maksud yang lain, sekiranya anda memuat naik (upload) gambar anda di Instagram atau Twitter, secara automatiknya gambar tersebut akan keluar di Facebook dan Twitter.

Ini secara tidak langsung, anda telah mempromosikan produk dan servis anda di tiga media sosial dalam waktu yang sama. Ia telah menjimatkan masa anda.

insta_blog-6600

7. Masukkan video.
Anda juga boleh memuat naik video tutorial yang anda rakam dan ‘edit’ di Instagram. Jika dahulu, ‘limit’ video adalah 20 saat, sekarang ia di’upgrade’ ke 1 minit.

Dengan satu minit ini, anda boleh memuat naik video yang berkualiti yang boleh dijadikan rujukan oleh pengguna Instagram. Selain itu, perniagaan anda akan lebih lengkap dengan video tutorial tersebut.

insta_blog-9600
8. Konsisten.
Sebagai seorang peniaga, anda mesti konsisten dalam memuat naik atau mengemaskini status anda di Instagram atau media sosial yang lain.

Sekiranya tiada barangan atau produk yang ingin dipromosikan, anda boleh memuat naik kata-kata motivasi, hadis-hadis, peringatan dan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pelanggan atau pengikut anda.

insta_blog-5600
9. Promosi atau free gift.
Jangan kedekut untuk menghargai pelanggan setia anda.

Apa kata sekali sekala anda melakukan ‘event’ seperti ‘contest’ dengan menawarkan hadiah yang menarik.

Pastinya ia akan mendapat sambutan dan secara tiadak langsung memperkenalkan lagi barangan anda.

Jika anda tidak berbuat demikian, mereka mungkin akan ingat yang anda sudah tidak aktif lagi.

TIPS MARKETING DI INSTAGRAM

Cara Betul Nak Gunakan Instagram Untuk Bisnes

1. Set Up Profile Dan Akaun Awak

Kalau awak belum lagi download aplikasi Instagram ni, awak boleh download di App Store atau Google Play Store.

Ok, bila awak dah cipta akaun Instagram dekat aplikasi mobile, aplikasi itu akan ajar awak beberapa langkah untuk setup. Jadi ni ada dua benda yang awak kena take note:

a) Profle photo

Gambar DP Instagram awak akan dilihat dalam bentuk bulat.

Jadi kalau awak nak pakai business logo awak, pastikan awak letakkan logo tu di tengah tengah gambar. Kalau tak gambar awak akan terkeluar daripada size bulat tersebut. Cacat nanti.

b) Informasi Profile

Aplikasi ini tak akan suruh awak untuk update informasi awak tapi lebih baik untuk awak update.

Untuk isi informasi awak, awak boleh pergi dekat profile awak dan tekan “Edit Profile”. Ada dua bahagian untuk awak isi iaitu website awak dan bio awak. 

Gunakan ruangan isi ini dengan baik dengan memperkenalkan bisnes awak. Takpayah tulis panjang2, ringkas dan mudah orang faham. Cukup.

Kalau awak nak tukar username awak (i.e @username), awak bole tukar dekat situ juga.

Dah habis buat? TAHNIAH, awak berjaya masuk ke dalam dunia Instagram.

2. Post Gambar Ataupun Video

Bila awak nak post gambar ataupun video, just tekan ikon “+” sahaja yang ada dekat bawah tu. Instagram akan tunjuk awak punya gambar terkini dalam album awak.

Jadi awak cuma perlu pilih sahaja sama ada awak nak upload gambar atau video.

Ni abam nak bagi tips sikit, dalam IG, awak juga boleh upload lebih 10 keping gambar dan video dalam satu post Instagram.

Edit Gambar

Awak tahu tak yang awak boleh edit gambar awak mengikut kecerahan, warna dan banyak lagi. Bila gambar awak dah cantik, awak cuma perlu tekan Next sahaja untuk post.

Salah satu daripada perkara yang baik untuk menaikkan Instagram awak ialah dengan cara post gambar secara konsisten.

Bila abam tengok banyak peniaga yang menjual dalam Instagram, kebanyakkan mereka semuanya sangat konsisten dalam upload gambar di IG mereka.

Kalau diikutkan, adakah mereka buat saja-saja? Tidak, ini semua sebab mahu tingkatkan follower dan mahu konsisten agar brand kita sentiasa dilihat orang. Tetapi jangan terlalu kerap sangat.

Berpada-pada.

3. Post Story Di Instagram

Awak tahu tak yang lebih dari 250 juta orang yang post Instagram story setiap hari. Instagram Stories ni sebenarnya satu konten baru dalam Instagram.

Ia merupakan gambar dan video yang hanya akan bertahan dalam masa 24 jam sahaja. Akaun yang dah disahkan boleh add link dengan Instagram story untuk mudahkan followers visit website mereka secara terus.

Dia sebenarnya tak sama dengan post biasa Instagram, story dekat Instagram ni tak akan ada dekat profile galeri awak ataupun di feed followers awak.

Ni ada 10 cara yang berbeza yang awak boleh guna untuk Instagram Stories:

Beritahu apa-apa perkara yang terkini
Share tips-tips menarik
Promosi blog post
Kongsi list produk yang menarik
Umumkan apa-apa promosi yang sedang berjalan
Offer diskaun
Kongsi statistic yang menarik
Kongsi kata-kata motivasi
Pengumuman penting
Aktiviti dalam syarikat awak
Sekarang adalah zaman video konten. Awak perlu gunakan sebaik mungkin IG Story ni kerana ia mampu memberikan kesan dan impak yang tinggi kepada bisnes awak.

4. Cari Followers

Next, awak perlu follow mana mana akaun Instagram dan tengok apa yang mereka dah post.

Kalau awak tak follow mana mana akaun, Instagram akan minta awak untuk follow sesiapa yang dekat feed awak dan akan berikan cadangan untuk awak follow mana mana akaun.

Bagi yang buat bisnes guna IG, sememangnya lebih baik untuk awak follow pelanggan awak kerana ia mampu menimbulkan perasaan yang mereka dihargai atau dikenali.

Bila awak ada follower baru, awak juga boleh dapat notifikasi. Awak boleh cuba tengok tengok profile mereka.

Dan jangan lupa untuk follow pesaing awak untuk lihat bagaimana mereka menggunakan IG mereka dengan efisien. Kerja awak lihat dan lakukan lebih baik dari diaorang.

5. Balas Komen Dekat Post

Media sosial ni bukan sahaja tempat untuk awak publish produk awak. Tapi untuk adakan hubungan juga.

Bila followers awak komen dekat post awak, contohnya bagi pandangan ataupun tanya apa-apa soalan tentang bisnes awak, sebenarnya ini merupakan latihan yang bagus bila awak reply soalan mereka dengan segera.

Percayalah ini menunjukkan yang awak prihatin dan mendengar kepada pelanggan awak.

Berhubung dengan followers, mereka ini sebenarnya boleh berikan banyak manfaat dan bantuan dalam menaikkan bisnes awak, awak juga boleh buatkan pelanggan awak jadi setia dengan jenama awak jika awak pandai untuk membuat hubungan dengan mereka.

Salah satunya adalah dengan melayan soalan atau pertanyaan yang mereka tanyakan kepada awak. Percayalah cakap abam ia mampu wujudkan follower yang setia kepada jenama awak.

6. Gunakan Tools Yang Boleh Membantu

Finally, kalau awak rasa macam nak adventurous, awak boleh check Instagram tools yang boleh bantu awak untuk create content yang lebih baik, menjimatkan masa dan post secara konsisten. Ini abam listkan beberapa tools untuk bantu awak

Photo editor by Aviary – untuk edit gambar (web dan mobile app)

Display Purpose – untuk cari top hashtag (web sahaja)

Adobe spark – untuk buat Instagram stories yang gempak (web dan mobile app)

Buffer for Instagram – untuk post gambar secara konsisten )web dan mobile app)

Abam harap dengan perkongsian 6 cara mudah dan betul untuk mulakan bisnes di instagram dapat membantu lagi awak meluaskan teknik pemasaran awak dalam perniagaan.

Khamis, 26 Julai 2018

9 TIPS MENINGKATKAN JUALAN RESTORAN

Sembilan tip meningkatkan jualan restoran dan kafe anda

1. Mulut ke mulut atau testimonial

Cara ini merupakan cara tradisional yang masih efektif hingga sekarang. Cara yang paling mudah adalah dengan mengundang beberapa orang target market sebagai contoh mereka yang aktif dalam ber facebook dikalangan orang perempuan dan mewakili pelbagai jabatan . Berikan layanan dan rasa terbaik dari contoh makanan tersebut, tapi tetaplah jaga kualiti produk anda. Jangan sampai contoh yang diberikan lebih baik dari produk yang dijual di kedai. nanti mereka dakwa "hari datang makan besar pinggan nya, kenapa hari ni kecil"

2. Promosi melalui sosial networking

Tentunya anda sudah tidak asing lagi dengan facebook, twitter, wordpress, youtube dan lain-lain. Anda boleh menggunakan cara ini, karana murah dan mudah untuk dikendalikan. Anda boleh mengupload gambar-gambar makanan di restoran anda dan jangan lupa berikan alamat dan phone number juga link website restoran anda. Rajin-rajinlah untuk memberikan berita terbaru tentang restoran anda melalui media ini.

3. Loyalty programs

Anda boleh memberikan point-point pada setiap pembeli. Jika pembeli sudah mencapai suatu point tertentu, anda boleh memberikan voucher atau diskaun khusus kepada pembeli anda.

4. Up-selling

Up-selling adalah suatu cara mempromosikan suatu produk semasa pembeli sedang berinteraksi dengan penjual. Misalnya dengan memberitahukan manfaat dari produk tertentu atau menu baru dengan diskaun tertentu. Tapi perlu kehati-hatian saat melakukan up-selling, jangan sampai pembeli merasa dipaksa untuk membeli suatu produk.

5. Mengadakan suatu acara atau event

Acara seperti pertunjukan memasak, kursus memasak secara mudah, acara ulang tahun atau acara anak dan lainnya. Acara seperti ini boleh menarik pelanggan untuk datang ke restoran anda. Bila acara berlangsung jangan lupa memberikan contoh-contoh makanan atau promosi-promosi kepada pelanggan anda.

6. Email dan mobile marketing

Mintalah alamat email atau nombor handphone pembeli jika ada, dengan ini anda boleh memberikan update-update terbaru tentang restoran anda setiap saat kepada pembeli. Tapi jangan lupa untuk menanyakan kepada pembeli apakah mereka bersedia untuk dihubungi melalui email atau sms jika terdapat promosi. Karana ada juga pembeli yang sering terasa terganggu untuk menerima promosi-promosi seperti ini.

7. Blog dan video

Buatlah blog tentang rumah makan anda melalui blog gratis seperti wordpress atau blogger. Dengan ini restoran anda boleh diketahui oleh masyarakat lebih luas. Jika mungkin buatlah video tentang restoran anda dan upload di jejaring sosial seperti facebook dan youtube. Sehingga pembeli merasa tertarik untuk datang ke bisnis anda.

8. Stiker promosi di tempat-tempat menunggu

Stiker kecil tentang restoran kita boleh dibuat dan ditempelkan di tempat-tempat umum, terutama tempat-tempat dimana banyak orang menunggu seperti tempat perhentian bas. Atau anda juga boleh memberikan stiker motor atau kereta di tempat parkir yang bertuliskan nama dan foto makanan yang disediakan di restoran anda.

9. Banner

Buat banner promosi di tepi jalan dan tempat mudah dilihat orang ramai.

11 TIPS TINGKATKAN SALES


Sifufbads

11 TIPS TINGKATKAN SALES WALAUPUN KEDAI ANDA DALAM KAMPUNG

APPLY 1 TIPS DARI 11 NI JER PN, DH BANTU NAIKKAN SALES BISNES ANDA DI KAMPUNG..

Buat bisnes dlm kampung pn bleh generate sales tggi…Lg2 kalo tahu caranya..Tk kira la, anda bukak kdai nasi lemak ke, jual kuih ke? kdai runcit ke? sumanya bleh. Asalkan kna caranya.

Bgaimana caranya? Mudah jer dan xsusah utk anda praktikkan caranya..Okeh..hari2 mggu ni, Sifufbads nk bg 11 tips utk anda tingkatkan sales bisnes anda di kampung.

Lps dh baca tu, trus buat ler. Jgn BERTANGGUH!

1# PAKEJ/COMBO

Anda bleh pakej kan produk/ servis yg anda buat..Pastikan anda UP-kan pakej yg mahal dulu yer..Dan sbaiknya, wujudkan 3 pakej…

2# UPSELL

Kalo customer anda beli satu unit jer..Anda boleh up-kan dgn pakej yg anda ada..Anda boleh upsell bg UNIT of produk atau pn COMBINATION of produk..

Anda faham?

3# BACK UP SELL

Anda gak boleh buat BACK END SELL. Back end ni terjadi bila customer dh beli dgn anda..Dgn cara ni, anda gak boleh selitkan voucher dari pembelian sblm nya..So, customer anda repeat order lg dgn anda..

4# PERMISSION MARKETING

Anda gak bleh try teknik ni..Anda boleh free sample, tester atau servis yg x guna kos yg tggi..

So, apabila customer anda dh cuba dan puas hati, dia akan repeat order..

5# REKRUT AGENT

Anda boleh lantik “agent” utk promote atau viral bisnes..Wlaupn kt dlm kpg, anda boleh gunakan agent ni utk viralkan bisnes anda kt area lain..

6# FOLLOW UP

Anda jgak boleh follow up customer yg sedia ada..Bg special offer mc discount, voucher atau free gift utk mereka repeat order..

7# BUAT SALES/OFFER

Anda jugak boleh sales atau offer kpd customer anda yg sedia ada..Masukkan umpan2 yg relevan dgn bisnes anda mcm free gift, cabutan bertuah ke..

8# KUATKAN BRANDING

Anda jgak boleh kuatkan brand bisnes anda..Pastikan iklan anda slalu kuar di newsfeed prospek..Kalo cara OFFLINE, anda boleh pasang bunting atau banner di area kedai anda..

9# INTEGRATED MARKETING

Kalo sblm ni, anda just buat OFFLINE marketing mcm pasang banner atau bunting..Apa kata anda ‘upgrade’ bisnes anda ke ONLINE marketing..Promote bisnes anda guna FB..

10# TINGKATKAN RESPONSE RATE

Salah satu tips utk tingkatkan respon rate anda..Gunakan gambar yg lebih BERKUALITI, BEREMOSI dan ada WOW factor utk buat prospek rasa nk beli dgn anda lebih cepat..

11# COD (CASH ON DELIVERY)

Anda jugak boleh buat servis COD pada customer anda..COD jgak bantu tingkatkan TRUST dan CREDIBILITY bisnes anda..

Tak caye? Cuba ler..

Lps settle baca, SHARE kat member yg buat bisnes kat kpg tu…

Selasa, 24 Julai 2018

Tips Perniagaan makanan dan Restoren

Jika anda seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan dan restoran, anda wajib ikut tips penting saya nak share petang ni.

Sebenarnya nak onlinekan bisnes makanan perlukan banyak perkongsian berbanding menjual. Banyak perkara kena tunjukkan pada orang ramai bahawa anda ni layak menjadi perhatian kepada golongan pemakan tegar.

So apa benda content yang anda patut share? Kat sini ada 7 idea atau benda yang anda WAJIB share supaya anda kelihatan lebih pakar dan menarik.

1)SHARE KEPAKARAN ANDA

Share di FB Page anda cara anda memasak atau anda buat satu show secara live sesi untuk rasa makanan macam program TV yang popular iaitu Jalan-jalan Cari Makan. 

Boleh juga anda kongsikan cara nak buat satu menu yang lazat untuk sambut tetamu. Anda boleh buat posting video, LIVE atau posting bergambar.

2)SHARE STORY TENTANG MENU/MAKANAN

Bukan nya anda kongsikan tentang apa resepi saja, mungkin di sebalik makanan dan menu yang ada tu ada kisah tersendiri sehingga lahir nama yang unik untuk menu tersebut. 

Ini akan buatkan bisnes anda nampak lebih menarik dengan keunikan yang ada ni dan buatkan follower anda ingin lebih tahu lepas tu.

3)SHARE MOMENT PELANGGAN

Ini sebenarnya biasa anda lakukan tapi anda bukan lakukan untuk bisnes anda. So, anda rugi di sini. Anda sepatutnya lakukan bersama pelanggan. Selfie bersama pelanggan dan sharekan di social media.

Lagi-lagi bila anda mempunyai pelanggan yang mempunyai pengaruh yang meluas macam artis atau mana-mana individu yang terkenal.

So, buat 3 tips ni dulu dan lihat perubahan sambutan di FB page anda dan tingkatkan kredibiliti bisnes anda secara online.

APA NAK BUAT JUALAN BERKURANG LEPAS RAYA

Jualan Berkurang Selepas Musim Raya? Betul Ke? 8 Perkara Usahawan Boleh Buat Selepas Raya.
oleh Team Richworks pada 27 June 2018

Cuti raya dah habis. Anak perantau dah mula balik ke bandar.  Anak-anak dah kembali ke sekolah. Kampung dah sunyi semula.  Jalan dah kembali sesak mengikut waktu puncak. Bisnes anda macam mana?

Ramai usahawan percaya orang ramai atau pelanggan akan kurang berbelanja selepas raya kerana mereka dah buat perbelanjaan besar semasa musim perayaan dan sekarang mereka mahu berjimat cermat. Betul ke? Atau orang masih membeli tapi mereka tak membeli dari anda saja?

Apa yang kami nampak, kesilapan usahawan biasa buat ialah mereka mengurangkan aktiviti promosi dan pemasaran selepas raya.  Hasilnya, memang lah tak ada orang membeli dari anda sebab pelanggan lebih suka nak beli dari peniaga yang memberikan pelbagai promosi kepada mereka selepas raya. Berikut kami senaraikan 8 perkara yang usahawan boleh buat selepas raya untuk terus pastikan pelanggan berurusan dengan anda.

1) Kupon Diskaun Selepas Raya

Berikan kepada pelanggan anda harga diskaun yang hanya sah pada satu jangkamasa selepas hari raya.  Dengan cara ini mereka akan rancang untuk berbelanja dan dapatkan diskaun harga selepas raya.

2) Promosi ‘Tax Holiday’

Tax Holiday, atau tempoh harga tanpa cukai masih berkuatkuasa sehingga September ini. Ini adalah masa terbaik untuk anda mengadakan promosi harga tanpa cukai atau ‘Tax Holiday Promotion’ untuk menggalakkan mereka membuat pembelian.

3) Berikan penghargaan

Anda pasti dah ada database pelanggan yang membeli belah dengan perniagaan anda ketika musim raya.  Apa kata anda tunjukkan penghargaan anda kepada mereka dengan memberikan ucapan melalui sistem SMS atau menjemput mereka untuk sesi preview produk atau keluaran baru selepas raya.

4) Postkan testimoni

Semasa jualan raya, anda mungkin dah ambil banyak gambar pelanggan anda dan minta mereka postkan gambar mereka ketika raya bersama produk anda.  Jadi selepas raya, anda boleh gunakan gambar-gambar ini sebagai testimoni untuk anda muat naik di Media Sosial anda. Dengan cara ini akan membantu meningkatkan kepercayaan kepada perniagaan anda.

5) Adakan majlis komuniti

Anda juga boleh mengadakan majlis komuniti seperti adakan rumah terbuka raya bersama anak yatim, rumah kebajikan, rumah orang-orang tua dan lain-lain.  Acara seperti in iselalunya menarik perhatian orang ramai untuk ambil tahu tentang perniagaan anda di samping ianya satu perkara baik yang anda sebagai usahawan boleh lakukan.

6) Optimakan penggunaan content marketing

Ketika musim raya, anda mungkin terlalu sibuk untuk menghasilkan content yang bagus untuk Media Sosial anda.  Anda mungkin perasan, kempen yang anda buat semasa musim perayaan menyebabkan follower Media Sosial anda semakin bertambah. Apa yang anda perlu buat ialah hasilkan content yang bagus untuk ‘engagement’ bersama follower anda supaya mereka terus kekal menjadi follower anda selepas musim perayaan.

7) Lancarkan produk baru

Jangan biarkan pelanggan anda sejuk dan mula melupakan anda. Anda boleh saja melancarkan produk baru selepas raya atau produk kesinambungan selepas produk yang anda lancarkan semasa raya.  Contoh, jika ketika musim raya anda dah lancarkan fesyen raya yang tradisional dan klasik, mungkin selepas raya anda boleh lancarkan fesyen yang lebih casual yang sesuai untuk rumah terbuka.

8) Hargai kakitangan anda

Semasa musim perayaan, ramai kakitangan anda terpaksa bekerja lebih masa, atau lebih kuat dari biasa.  Antara perkara yang anda boleh buat  selepas raya ialah mengadakan satu sesi penghargaan kepada kakitangan anda dan anda boleh muat naikkannya di Media Sosial, buat Live di Facebook dan Instagram dan ini akan membuatkan pelanggan anda lebih menghargai anda sebagai peniaga yang sangat prihatin.

Persepsi negatif anda tentang “pelanggan kurang berbelanja selepas raya” hanya akan menyebabkan anda malas nak buat sebarang aktiviti.  Jangan biarkan pelanggan anda lupakan anda selepas raya.  Pastikan anda terus hangatkan perniagaan anda dan jadikan pelanggan anda terus kekal bersama-sama anda.