Isnin, 12 Jun 2017

Ust Don Danial

Pedasnya taZkirah ni 🌶🌶

*Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.*

Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

*KEBERKATAN YANG DICARI*
*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

*Ramadhan Al-Mubarak*

Ahad, 11 Jun 2017

Tip perniagaan

#tipbisnes

5 Kesilapan Mereka Yang Baru Mula Berniaga:

1. NAK CEPAT KAYA.

Sepatutnya kena faham dulu proses berniaga ni macam mana. Dia ada peringkat dia. Startup, Growth, Expansion! Semua ni berkait rapat. Awak tak boleh langkah dari Startup terus ke Expansion.

2. NAK PERNIAGAAN TERUS BESAR.

Sesetengah orang saya tengok, bila nak mula berniaga je terus nak cari kedai, nak habiskan modal yang banyak, nak cover overhead besar tiap2 bulan. Sepatutnya kita kena minimumkan pengeluaran, maksimumkan kemasukan. Jaga cashflow! Kalau tak tercekik nanti.

3. TAK NAK MULAKAN DENGAN APA YANG ADA DITANGAN.

Orang kita ni memang suka, nak mula berniaga je mesti buat pinjaman. Ada buat pinjam dengan bank, sedara mara, kawan2 & ada jugak pinjam dengan ahlong. Ingat, walaupun kita tengok orang lain berjaya jual benda tu tak semestinya kita pun berjaya jual benda tu. Hati-hati nak meminjam! Kang tak boleh bayar balik pulak. Perniagaan entah ke mana, hutang disekeliling pinggang! Buat je dulu dengan apa yang ada, kalau tak ada jugak join jadi dropship belajar berniaga dari dropship. Bila dah maju betul baru buat pinjaman tu pun bertujuan untuk besarkan lagi perniagaan (Money Makes Money)

4. TAK NAK BELAJAR.

Haaa, ni masalah besar jugak ni. Macam mana nak maju jika kita tak tahu cara sebenar nak menghadapi sesuatu benda dalam perniagaan? Awak dah pasti ke awak tahu semua tentang perniagaan? Tentang pemasaran? Walaupun orang dah berjaya pun banyak buat silap sebab ilmu tak cukup didada inikan pulak kita yang tak pernah langsung menuntut ilmu pemasaran! Tak rugi pun cari ilmu ni. Sekarang ni dah banyak sifu2 online, pandai2 la pilih!

5. TAK NAK IKUT LANGKAH SATU PER SATU.

Kadang2, kita ni dah ada ilmu tapi gelojoh pulak... Dah tahu cara tu tak betul, pergi langgar jugak... Baik ikut je cara yang betul... Macam contoh, kita baru je bukak kedai jual tudung dalam seminggu, pelanggan tak ramai pun lagi tapi tambah lagi staff sales 15 orang (dengan harapan mereka boleh buat close sale dengan banyak). Rileksss... Buat satu per satu, tarik crowd biar ramai dulu masuk kedai, buat marketing, plan strategi, agak2 dah rasa macam staff tak mampu nak handle pelanggan baru la tambah staff belambak macam jakel moll tu..

Agak2 faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Kalau faham please share status ni, nanti saya share tips lagi.

#RedEagleReggaeKitchen
#imkk
#mmm
#dao

Yang belum like page Red Eagle reggae kitchen nanti add ya.. nnt sy share lagi tips dalam page