Khamis, 25 Mei 2017

TIPS CERGAS DI BULAN PUASA

Assalamualaikum wbt semua....esok dh nak posa ni...DAH READY KA??

Ni sy share sikit tips bulan posa....kredit to my sifu #DAO..

Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa!
....................................................................
Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya.  Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda.

Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya.

1)Jangan tinggalkan sahur

Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari alasan tak nak puasa atau tak nak buat kerja!

2)Garam? Kafein? Kurangkan!

Elakkan makanan berlauk yang terlalu masin dan bergaram kerana ia membuatkan tubuh anda lebih cepat terhidrat dan haus. Begitu juga minuman berkafein tinggi seperti kopi, nescafe dan bergas. Minuman sebegini merangsang anda untuk membuang air kecil lebih kerap nanti.

3)Air jarang pastikan cukup

Minum air masak secara berpada pada. Biar cukup dengan keperluan badan, jangan terlebih kerana jika terlebih, badan akan automatik mengeluarkan lebihan dengan segera, dan buat anda lebih cepat haus. Sebaiknya minum 2/3 gelas saja semasa sahur. Kuantiti yang tepat pasti buatkan anda lebih selesa dan tidak cepat lesu kerana dehidrasi.

4)Kurma sumber tenaga

Kurma memang banyak khasiatnya. Lagi-lagi pada ibu hamil dan menyusukan anak, jika mahu cergas, tetap berpuasa dan tidak lesu, amalkan pengambilan kurma dalam bilangan ganjil semasa sahur. Selain membantu pengeluaran susu yang konsisten,  struktur gula ringkasnya juga membantu penyediaan tenaga untuk hari anda. Niatkan juga sebagai usaha untuk anda cergas bertenaga di bulan Ramadhan. Jangan jadikan hamil atau menyusu sebagai alasan skip puasa, atau lemau sepanjang masa! Tak usaha, mana nak dapat hasilnya betul?

5)Bersenam

Boleh bersenam ke puasa-puasa? Boleh! Tetapi bukan di waktu pagi. Sebaliknya sejam dua sebelum berbuka. Buat aktiviti ringan seperti jogging atau berjalan santai di taman atau di bazaar. Cuma jika ke bazaar, jangan “bersenam jari mengangkat beg juadah berbuka” pula ya! Jika waktu pagi, buat senaman regangan biasa saja untuk elak dehidrasi yang cepat. Jika mengantuk, rehat seketika dan basuh muka dengan air sejuk untuk kesegaran. Tapi jangan pura-pura lupa pula sambil teguk air. Elakkan senaman angkat berat kerana ia buat badan lebih berpeluh dan otot bekerja keras, lantas lebih banyak tenaga dibakar.

Senaman lepas berbuka pun tiada masalah. Tapi jika makan berat, pastikan perut diberi masa untuk hadamkan makanan terlebih dahulu dalam sejam hingga sejam setengah sebelum bersenam. Dan terawih adalah senaman paling mudah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan.

6)Berbuka dengan sederhana

Untuk elakkan letih dan lesu secara tiba-tiba di waktu malam, elakkan terus buka dengan makanan berat. Mulakan dengan tamar dahulu. Atau air kosong. Tamar berikan tenaga ekspress untuk anda. Minum jus buah tanpa gula. Rasanya lebih fresh dan ia bantu anda kurangkan penggunaan gula dalam minuman.

Makan secara perlahan dan tertib. Perut anda baru saja kosong seharian, pasti terkejut jika tiba-tiba penuh! Itulah analoginya. Tetapi sebenarnya untuk elakkan ketidakstabilan paras gula yang tiba-tiba naik atau tekanan jantung yang tiba-tiba perlu pantas bekerja untuk menyalur oksigen ke organ-organ yang mengawal penghadaman badan.

Makan dalam kadar sesuai. Tak terlalu sikit tak terlalu banyak. Ini boleh bantu untuk elak gastrik atau sebu perut. Tak selesa pula nanti nak beribadah.

Lemak, minyak, pedas dan berempah. Kurangkan juga. Ini untuk elakkan ketidakselesaan perut dan penghadaman.

Itulah 6 tips penting untuk anda. Sebenarnya nak elakkan lemau di bulan Ramadhan ni berkait rapat dengan gaya pemakanan dan aktiviti harian. Makanan yang tepat dan seimbang mampu membekalkan tenaga yang mencukupi untuk anda berpuasa dengan cergas dan bersemangat.

Lagi satu, sentiasa positifkan minda kerana apa yang anda percaya, itu yang anda akan alami!

Salam Ramadhan!

oleh Azizan Osman pada 23 May 2017

#MMM2017
#IMKK2017
#RAMADHANKAREEM
#IHYARAMADHAN
#SATUHARILAGI
#REDEAGLEREGGAEKITCHEN
#REDEAGLELEGACY

Sabtu, 20 Mei 2017

NAK BERJAYA????jom semak diri dengan formula ni

Perkara penting utk berjaya menggunakan formula

"KASI PECAH"

1) K ( kenapa/why)
- kenapa kita buat business ni? Kena betulkan KENAPA dahulu utk berjaya.. Cari Big Why anda..

2) A ( action/tindakan )
- apa yg harus kita buat utk berjaya? Bertindak.. Fast action fast result!

3) S ( Suka/ berani )
- Suka apa yang kita buat.Beza org berjaya n org x berjaya adalah.. Dia suka apa yg dia lakukan..

4) I ( Ilmu)
- ilmu penting utk berjaya.. Upgrade ilmu utk upgrade diri..

5) P ( positive)
- berkawan dengn kawan2 yg positive

6) E ( emosi)
- kena pndai control emosi kita ..(emosi yg terkawal)
kerana bidang kita sangat mencabar ..

7) C ( cikgu/mentor)
- orang berjaya kena ada mentor.. Sebab mentor anda akn membantu anda utk berjaya. Copy paste from mentor

8) A ( anjakan)
- selalu berfikir di luar kotak.. Ambik risiko utk berjaya.. Cabaran mendekatkan kita dgn kejayaan..

9) H ( hero/ tidak mengalah)
- you should be the star of your life
- you must be the person that changing everything

K.A.S.I P.E.C.A.H 😉🌸

#imkk
#MMM
#teampositive
#teamazizan
#azizanosman
#andakayadanberjaya
#wearemoneymagnet
#RedEagleReggaeKitchen
#RedEagleLegacy

Jumaat, 19 Mei 2017

LANGKAH-LANGKAH KEJAYAAN

*10 TIPS USAHAWAN DARI OWNER AIRASIA, TONY FERNANDES.*

1. TAK PERLU TAHU

Saya berasal dari industri musik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.

2. JUST DO IT!

Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.
Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.
Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain.

3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH

Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.

4. LABUR DALAM MARKETING

Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.
Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.
Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.
Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.
Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.
Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.
Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.
Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.

5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA

Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.
Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.
Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.

6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN

Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama
Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.

7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING

Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.
Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.
Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?
Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.
Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.

8. TURUN KE BAWAH

Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg, saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.
Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja bawah secara betul-betul.
Ada satu kisah benar. Team handle beg bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu mahal”.
Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah sendiri beserta rumah jiran sekali.
Terllu banyak bagasi yang perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami putuskan untuk beli tali loader tersebut.
Sekiranya saya tak turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.
Sebab kedua adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.

9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA

Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.
Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia, “go for it”.
Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam marketing kami.
Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.
Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah bakat beliau kepada permata.
Satu lagi kisah dalam team kami ada seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan. Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.
Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.
Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.

10. DATA IS KING

Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.
Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!

*WE DO THE BEST. ALLAH DO THE REST*

💪🏽💪🏽💪🏽🚀🚀🚀💥💥💥👍👍👍

Sabtu, 6 Mei 2017

Menjemput rezeki Allah

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu. Tapi dari Allah swt. Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

CP 😉