Rabu, 4 Oktober 2017

9 STRATEGY PEMASARAN UNTUK KEDAI MAKAN..

Jadi, kali ini, RasaTips ingin memberikan anda 9 strategi pemasaran yang terbukti berjaya dalam meningkatkan jualan restoran anda lagi.

1. Sosial

Kita berada di era yang mana makanan menjadi subjek utama dalam laman media sosial.

Restoran yang tidak menggunakan laman media sosial sebagai platform untuk menarik pelanggan boleh dikatakan mengalami kerugian yang teruk.

Kenapa?

Kalau kita lihat, bagaimana rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi ini berinteraksi di dalam laman media sosial…

…mereka sering berkongsi gambar atau video (zaman sekarang dah ada Snapchat, InstaStory, Facebook Live) dan pelbagai lagi kaedah perkongsian bersama rakan-rakan mereka.

Sekiranya anda tidak mempunyai laman media sosial yang aktif seperti Facebook Page atau Instagram, bagaimana anda ingin berkongsi gambar-gambar hidangan restoran anda bukan?

Jadi, di sini kami ingin nasihatkan anda untuk buat:

Buka akaun Facebook atau InstagramTingkatkan Followers seramai yang mungkin.Hantar gambar-gambar hidangan menarik restoran anda.Interaksi dengan bakal-bakal pelanggan anda.Ulang.

Laman media sosial adalah strategi pemasaran yang baik untuk menambahkan lagi potensi pelanggan restoran anda.

2. Laman Web

Mempunyai sebuah laman web untuk restoran anda adalah ibarat mempunyai restoran di seluruh Malaysia.

Haa.. Kenapa kami kata begitu?

Seramai 20 Juta rakyat Malaysia mempunyai akses ke Internet.

Bukankah sekiranya anda mempunyai laman web membuatkan restoran anda boleh dilihat oleh semua orang yang mempunyai akses ke Internet di Malaysia ini?

Strategi pemasaran melalui laman web ini membuka peluang lebih besar untuk bakal pelanggan berminat untuk datang ke restoran anda.

Laman web boleh digunakan sebagai tempat untuk anda simpan gambar-gambar hidangan restoran anda, berikan menu restoran anda, memberikan maklumat restoran seperti nombor telefon, alamat dan peta restoran anda, dan pelbagai lagi.

Namun begitu, mempunyai laman web sahaja tidak cukup sekiranya jenama anda dan kualiti laman web tersebut tidak dipaparkan dengan baik.

Ini adalah strategi pemasaran ringkas membina sebuah laman web untuk restoran anda:

Beli Domain dari mana-mana syarikat domain. (GoDaddy, Exabytes, dll)Pastikan nama domain itu sama dengan nama restoran anda.Langgan mana-mana hosting provider (ServerFreak, Exabytes, Siteground, dll) mengikut bajet anda.Install WordPress dan gunakan Theme percuma. (Jika anda inginkan Theme premium, kami boleh berikan anda secara percuma, boleh Hubungi Kami jika berminat)Mula untuk mengisi maklumat ke dalam laman tersebut dengan maklumat-maklumat mengenai restoran anda.Promosikan laman web anda dengan kaedah berbayar (FB Ads, Google Ads, dll) atau secara percuma (SEO).

3. Portal Tempat Makan

Portal Tempat Makan adalah satu trend yang kini telah menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Bakal pelanggan tidak perlu lagi susah payah mencari apakah restoran terbaik yang sesuai dengan pilihan mereka, kerana portal tempat makan mempunyai pelbagai jenis restoran yang menepati citarasa mereka.

Salah satu portal tempat makan yang sedang berkembang dan dalam proses meningkatkan bilangan restorannya adalah RasaHub..

..iaitu laman web yang kami kendalikan bagi membantu usahawan restoran seperti anda untuk mendapatkan pelanggan dari seluruh Malaysia.

Sekiranya anda seorang yang tidak mempunyai masa untuk membina dan kendalikan laman web, portal tempat makan adalah platform yang sangat efektif untuk anda gunakan.

Selain daripada mendapat ribuan pelawat laman web sebulan secara percuma…

…portal tempat makan seperti RasaHub menyediakan pelbagai kemudahan yang lain seperti sistem tempahan, sistem penjualan kupon dan banyak lagi yang menarik.

Perkembangan teknologi internet memudahkan para pelanggan berhubung dengan sesebuah restoran.

Portal tempat makan adalah contoh strategi pemasaran restoran yang mudah dan cepat untuk anda dapatkan pelawat datang ke restoran anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai kewujudan secara online, terlepaslah peluang untuk anda mengambil kesempatan atas ribuan bakal pelanggan yang datang ke sesebuah portal makanan itu.

4. Emel

Pemasaran melalui emel adalah salah satu strategi pemasaran restoran yang sangat efektif.

Ia adalah teknik untuk ‘pancing’ pelanggan anda untuk datang semula ke restoran anda.

Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk dapatkan emel pelanggan anda.

Tetapi ada caranya:

Sekiranya anda mempunyai laman web atau lama sosial media, mudah untuk anda dapatkan emel pelanggan anda melalui aplikasi atas talian sahaja.

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai antara dua itu, anda boleh meminta emel bakal atau pelanggan anda secara berhadapan.

Melalui pemasaran emel, anda boleh berikan pelanggan anda hidangan-hidangan terbaru yang disediakan oleh restoran anda.

Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengunjung restoran anda dan galakkan mereka untuk datang berkali-kali!

Apa yang anda perlu buat:

Ini sahaja:

Buka akaun emel (Kami galakkan Gmail, sekiranya anda mempunyai laman web, gunakan nama domain anda, sekiranya anda tidak pasti, kami boleh bantu)Jika mempunyai emel pelanggan anda, boleh mula untuk mengarang ayat Power dan hantar kepada mereka.

5. Blogger

Antara strategi pemasaran restoran yang viral sekarang ini adalah dengan memanggil mana-mana blogger yang banyak sebut tentang makanan untuk bercerita tentang restoran anda.

Pada masa kini, sudah banyak syarikat-syarikat media yang membantu para restoran untuk mencipta fenomena sesebuah restoran itu.

Sama ada melalui video atau pun blog penulisan.

Anda pernah lihat Vitdaily atau Vocket buat liputan restoran?

Haa..

Itulah teknik pemasaran melalui blogger ini.

Sebagai seorang pengusaha restoran, anda boleh mengambil kesempatan blogger-blogger yang mempunyai ribuan follower ini untuk menyebarkan jenama anda lagi.

Mungkin anda boleh memberi mereka sedikit bayaran ataupun makanan percuma sebagai upah kepada mereka?

6. Peraduan

Contoh strategi pemasaran online untuk restoran anda yang keenam adalah melalui kaedah peraduan.

Peraduan merupakan antara cara terbaik untuk anda hebahkan jenama restoran anda kepada orang ramai.

Jika anda tidak pandai untuk membuat secara online, kami cadangkan anda buat secara offline.

Ini caranya:

Fikirkan satu bentuk peraduan yang anda boleh gunakan untuk membawa nama restoran kepada ramai orang. Sebagai contoh, anda boleh membuat pertandingan seperti Share & Menang yang di mana, pelanggan restoran anda menangkap gambar hidangan restoran anda (bersama nama restoran anda tertera di dalam gambar itu juga), dan sesiapa yang mempunyai Share yang terbanyak akan memenangi hadiah. Hadiah mungkin boleh berbentuk kupon ataupun wang tunai.

Ini hanyalah contoh sahaja.

Namun..

..sebuah bentuk peraduan atau pertandingan boleh jadi viral dengan mudahnya dengan kemajuan teknologi masa kini.

7. Insentif

Berdasarkan kata-kata seorang tokoh yang terkenal, Seth Godin, “Idea yang tersebar luas akan menang.”

Apakah maksudnya?

Ramai pelanggan datang ke sesebuah restoran itu disebabkan rakan-rakan atau keluarga mereka yang recommend kepada mereka.

Anda boleh mengambil kesempatan atas tindakan tersebut untuk memperkuatkan lagi strategi pemasaran restoran anda.

Caranya:

Berikan insentif kepada pelanggan anda sekiranya mereka share hidangan restoran anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarga mereka melalui laman media sosial.

Bayangkan..

..sekiranya 10 pelanggan mempunyai beratus atau beribu follower setiap seorang, berkongsi tentang pengalaman baik dan hidangan yang menarik di restoran anda..

..kami dapat guarantee akan ada sebahagian dari keluarga atau rakan mereka akan ingin mencuba apa yang restoran anda tawarkan!

8. Pemasaran Media Sosial

Kalau tadi kita bincangkan tentang kelebihan mempunyai laman media sosial.

Tidak guna kalau anda mempunyai laman media sosial tetapi tidak gunakan sebaik mungkin sebagai tulang belakang strategi pemasaran restoran anda.

Kini, sudah ramai sifu-sifu yang bijak dalam pemasaran media sosial seperti Irfan Khairi ataupun Najib Assadok, namun..

..adakah anda pernah mengikuti kelas-kelas mereka?

Mereka banyak menekankan kepentingan pemasaran media sosial.

Kenapa?

Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa terluang mereka di hadapan laman media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Sekiranya anda tidak menggunakan medium-medium seperti ini untuk tujuan pemasaran…

…anda akan terlepas untuk alihkan perhatian mereka ke restoran anda.

Sama ada anda ingin upah atau buat pemasaran media sosial anda sendiri, strategi pemasaran ini adalah sangat penting untuk dijalankan untuk meningkatkan lagi followers restoran anda.

9. Reputasi

Tiada apa yang boleh memusnahkan sesebuah bisnes restoran itu melainkan mempunyai reputasi yang buruk.

Kami maksudkan..

..siapa yang nak mengunjungi restoran yang mempunyai review kualiti makanan yang teruk, atau mempunyai serangga dalam masakan?

Anda harus menjaga reputasi anda terutamanya di atas talian dengan memberikan yang terbaik dalam kaedah pemasaran online.

Antara mengekalkan reputasi anda adalah dengan:

Memberi respon kepada pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan.Memberi info yang baik tentang perkara yang berkaitan dengan restoran anda.Kualiti servis dan hidangan harus dikekalkan baik sepanjang masa.Mesra pelanggan.Berikan senyuman kepada pelanggan.

Ini hanyalah cadangan sahaja, anda boleh gunakan teknik sendiri untuk memantapkan lagi reputasi sebagai komponen penting dalam strategi pemasaran restoran anda.

10. Forum

Ini mungkin salah satu pilihan optional untuk anda lakukan.

Sekiranya anda pernah menyertai mana-mana forum di Internet ini, terdapat pelbagai jenis perbincangan yang berlaku di dalam forum tersebut.

Antaranya adalah berkenaan tempat makan yang menarik di sesuatu tempat.

Di sinilah masanya untuk anda mencadangkan dan mempromosikan nama restoran anda kepada mereka.

Kebiasaannya, forum-forum seperti LowYat atau CariGold, mereka mempunyai thread yang bincang khusus tentang perihal makanan.

Itulah sahaja untuk 10 Strategi yang dapat memukau hati pelanggan untuk datang ke restoran anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin penjelasan lanjut tentang strategi-strategi di atas, jangan segan silu untuk menghubungi kami.

Kami sedia membantu anda.

Anda ingin meletupkan jualan restoran anda? RasaHub.com merupakan platform restoran Malaysia yang wajib anda kunjungi. Kejayaan demi kejayaan dapat dilihat apabila restoran-restoran di platform ini apabila kewujudan restoran mereka disedari ramai dengan melalui Internet. Lihat bagaimana kuatnya pengaruh Internet zaman sekarang. Apa tunggu lagi, cepat-cepat daftarkan restoran anda bersama RasaHub!

Isnin, 12 Jun 2017

Ust Don Danial

Pedasnya taZkirah ni 🌶🌶

*Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.*

Mari fikir-fikirkan.
"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.
Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

*KEBERKATAN YANG DICARI*
*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala.

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.

4. Meletak watercooler di tempat awam.

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

*Ramadhan Al-Mubarak*

Ahad, 11 Jun 2017

Tip perniagaan

#tipbisnes

5 Kesilapan Mereka Yang Baru Mula Berniaga:

1. NAK CEPAT KAYA.

Sepatutnya kena faham dulu proses berniaga ni macam mana. Dia ada peringkat dia. Startup, Growth, Expansion! Semua ni berkait rapat. Awak tak boleh langkah dari Startup terus ke Expansion.

2. NAK PERNIAGAAN TERUS BESAR.

Sesetengah orang saya tengok, bila nak mula berniaga je terus nak cari kedai, nak habiskan modal yang banyak, nak cover overhead besar tiap2 bulan. Sepatutnya kita kena minimumkan pengeluaran, maksimumkan kemasukan. Jaga cashflow! Kalau tak tercekik nanti.

3. TAK NAK MULAKAN DENGAN APA YANG ADA DITANGAN.

Orang kita ni memang suka, nak mula berniaga je mesti buat pinjaman. Ada buat pinjam dengan bank, sedara mara, kawan2 & ada jugak pinjam dengan ahlong. Ingat, walaupun kita tengok orang lain berjaya jual benda tu tak semestinya kita pun berjaya jual benda tu. Hati-hati nak meminjam! Kang tak boleh bayar balik pulak. Perniagaan entah ke mana, hutang disekeliling pinggang! Buat je dulu dengan apa yang ada, kalau tak ada jugak join jadi dropship belajar berniaga dari dropship. Bila dah maju betul baru buat pinjaman tu pun bertujuan untuk besarkan lagi perniagaan (Money Makes Money)

4. TAK NAK BELAJAR.

Haaa, ni masalah besar jugak ni. Macam mana nak maju jika kita tak tahu cara sebenar nak menghadapi sesuatu benda dalam perniagaan? Awak dah pasti ke awak tahu semua tentang perniagaan? Tentang pemasaran? Walaupun orang dah berjaya pun banyak buat silap sebab ilmu tak cukup didada inikan pulak kita yang tak pernah langsung menuntut ilmu pemasaran! Tak rugi pun cari ilmu ni. Sekarang ni dah banyak sifu2 online, pandai2 la pilih!

5. TAK NAK IKUT LANGKAH SATU PER SATU.

Kadang2, kita ni dah ada ilmu tapi gelojoh pulak... Dah tahu cara tu tak betul, pergi langgar jugak... Baik ikut je cara yang betul... Macam contoh, kita baru je bukak kedai jual tudung dalam seminggu, pelanggan tak ramai pun lagi tapi tambah lagi staff sales 15 orang (dengan harapan mereka boleh buat close sale dengan banyak). Rileksss... Buat satu per satu, tarik crowd biar ramai dulu masuk kedai, buat marketing, plan strategi, agak2 dah rasa macam staff tak mampu nak handle pelanggan baru la tambah staff belambak macam jakel moll tu..

Agak2 faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Kalau faham please share status ni, nanti saya share tips lagi.

#RedEagleReggaeKitchen
#imkk
#mmm
#dao

Yang belum like page Red Eagle reggae kitchen nanti add ya.. nnt sy share lagi tips dalam page

Khamis, 25 Mei 2017

TIPS CERGAS DI BULAN PUASA

Assalamualaikum wbt semua....esok dh nak posa ni...DAH READY KA??

Ni sy share sikit tips bulan posa....kredit to my sifu #DAO..

Jangan Jadi Macam Biskut Lemau Di Bulan Ramadhan Ini. Jom Lihat Tips Cergas Di Bulan Puasa!
....................................................................
Bulan puasa bukan kredit untuk anda lemau di siang hari. Lagi-lagi buat yang bekerja, tak kiralah di pejabat, di site, offshore, mahupun di rumah, semuanya perlukan tenaga untuk pastikan kerja selesai. Malam pula nak beribadah sebanyak-banyaknya.  Jadi jom ikuti tips elak lemau di bulan puasa yang kami ingin kongsi dengan anda.

Sebenarnya Ramadhan inilah waktu terbaik untuk bantu diri kita mengawal pemakanan dan berdiet. Jika kena caranya, ia boleh menjadi habit terbaik anda sampai bulan-bulan seterusnya.

1)Jangan tinggalkan sahur

Bersahurlah kerana banyak fadhilat di dalamnya. Antaranya memberikan anda tenaga untuk berpuasa, selain membantu mengawal paras gula dalam darah sepanjang waktu berpuasa. Semasa bersahur, ambil makanan yang mengenyangkan seperti karbohidrat dan protein. Roti, oat atau nasi umpamanya. Tak adalah anda rasa letih dan lesu di pagi hari. Nanti mula cari alasan tak nak puasa atau tak nak buat kerja!

2)Garam? Kafein? Kurangkan!

Elakkan makanan berlauk yang terlalu masin dan bergaram kerana ia membuatkan tubuh anda lebih cepat terhidrat dan haus. Begitu juga minuman berkafein tinggi seperti kopi, nescafe dan bergas. Minuman sebegini merangsang anda untuk membuang air kecil lebih kerap nanti.

3)Air jarang pastikan cukup

Minum air masak secara berpada pada. Biar cukup dengan keperluan badan, jangan terlebih kerana jika terlebih, badan akan automatik mengeluarkan lebihan dengan segera, dan buat anda lebih cepat haus. Sebaiknya minum 2/3 gelas saja semasa sahur. Kuantiti yang tepat pasti buatkan anda lebih selesa dan tidak cepat lesu kerana dehidrasi.

4)Kurma sumber tenaga

Kurma memang banyak khasiatnya. Lagi-lagi pada ibu hamil dan menyusukan anak, jika mahu cergas, tetap berpuasa dan tidak lesu, amalkan pengambilan kurma dalam bilangan ganjil semasa sahur. Selain membantu pengeluaran susu yang konsisten,  struktur gula ringkasnya juga membantu penyediaan tenaga untuk hari anda. Niatkan juga sebagai usaha untuk anda cergas bertenaga di bulan Ramadhan. Jangan jadikan hamil atau menyusu sebagai alasan skip puasa, atau lemau sepanjang masa! Tak usaha, mana nak dapat hasilnya betul?

5)Bersenam

Boleh bersenam ke puasa-puasa? Boleh! Tetapi bukan di waktu pagi. Sebaliknya sejam dua sebelum berbuka. Buat aktiviti ringan seperti jogging atau berjalan santai di taman atau di bazaar. Cuma jika ke bazaar, jangan “bersenam jari mengangkat beg juadah berbuka” pula ya! Jika waktu pagi, buat senaman regangan biasa saja untuk elak dehidrasi yang cepat. Jika mengantuk, rehat seketika dan basuh muka dengan air sejuk untuk kesegaran. Tapi jangan pura-pura lupa pula sambil teguk air. Elakkan senaman angkat berat kerana ia buat badan lebih berpeluh dan otot bekerja keras, lantas lebih banyak tenaga dibakar.

Senaman lepas berbuka pun tiada masalah. Tapi jika makan berat, pastikan perut diberi masa untuk hadamkan makanan terlebih dahulu dalam sejam hingga sejam setengah sebelum bersenam. Dan terawih adalah senaman paling mudah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan.

6)Berbuka dengan sederhana

Untuk elakkan letih dan lesu secara tiba-tiba di waktu malam, elakkan terus buka dengan makanan berat. Mulakan dengan tamar dahulu. Atau air kosong. Tamar berikan tenaga ekspress untuk anda. Minum jus buah tanpa gula. Rasanya lebih fresh dan ia bantu anda kurangkan penggunaan gula dalam minuman.

Makan secara perlahan dan tertib. Perut anda baru saja kosong seharian, pasti terkejut jika tiba-tiba penuh! Itulah analoginya. Tetapi sebenarnya untuk elakkan ketidakstabilan paras gula yang tiba-tiba naik atau tekanan jantung yang tiba-tiba perlu pantas bekerja untuk menyalur oksigen ke organ-organ yang mengawal penghadaman badan.

Makan dalam kadar sesuai. Tak terlalu sikit tak terlalu banyak. Ini boleh bantu untuk elak gastrik atau sebu perut. Tak selesa pula nanti nak beribadah.

Lemak, minyak, pedas dan berempah. Kurangkan juga. Ini untuk elakkan ketidakselesaan perut dan penghadaman.

Itulah 6 tips penting untuk anda. Sebenarnya nak elakkan lemau di bulan Ramadhan ni berkait rapat dengan gaya pemakanan dan aktiviti harian. Makanan yang tepat dan seimbang mampu membekalkan tenaga yang mencukupi untuk anda berpuasa dengan cergas dan bersemangat.

Lagi satu, sentiasa positifkan minda kerana apa yang anda percaya, itu yang anda akan alami!

Salam Ramadhan!

oleh Azizan Osman pada 23 May 2017

#MMM2017
#IMKK2017
#RAMADHANKAREEM
#IHYARAMADHAN
#SATUHARILAGI
#REDEAGLEREGGAEKITCHEN
#REDEAGLELEGACY

Sabtu, 20 Mei 2017

NAK BERJAYA????jom semak diri dengan formula ni

Perkara penting utk berjaya menggunakan formula

"KASI PECAH"

1) K ( kenapa/why)
- kenapa kita buat business ni? Kena betulkan KENAPA dahulu utk berjaya.. Cari Big Why anda..

2) A ( action/tindakan )
- apa yg harus kita buat utk berjaya? Bertindak.. Fast action fast result!

3) S ( Suka/ berani )
- Suka apa yang kita buat.Beza org berjaya n org x berjaya adalah.. Dia suka apa yg dia lakukan..

4) I ( Ilmu)
- ilmu penting utk berjaya.. Upgrade ilmu utk upgrade diri..

5) P ( positive)
- berkawan dengn kawan2 yg positive

6) E ( emosi)
- kena pndai control emosi kita ..(emosi yg terkawal)
kerana bidang kita sangat mencabar ..

7) C ( cikgu/mentor)
- orang berjaya kena ada mentor.. Sebab mentor anda akn membantu anda utk berjaya. Copy paste from mentor

8) A ( anjakan)
- selalu berfikir di luar kotak.. Ambik risiko utk berjaya.. Cabaran mendekatkan kita dgn kejayaan..

9) H ( hero/ tidak mengalah)
- you should be the star of your life
- you must be the person that changing everything

K.A.S.I P.E.C.A.H 😉🌸

#imkk
#MMM
#teampositive
#teamazizan
#azizanosman
#andakayadanberjaya
#wearemoneymagnet
#RedEagleReggaeKitchen
#RedEagleLegacy

Jumaat, 19 Mei 2017

LANGKAH-LANGKAH KEJAYAAN

*10 TIPS USAHAWAN DARI OWNER AIRASIA, TONY FERNANDES.*

1. TAK PERLU TAHU

Saya berasal dari industri musik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.

2. JUST DO IT!

Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.
Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.
Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain.

3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH

Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.

4. LABUR DALAM MARKETING

Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.
Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.
Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.
Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.
Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.
Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.
Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.
Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.

5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA

Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.
Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.
Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.

6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN

Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama
Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.

7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING

Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.
Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.
Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?
Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.
Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.

8. TURUN KE BAWAH

Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg, saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.
Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja bawah secara betul-betul.
Ada satu kisah benar. Team handle beg bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu mahal”.
Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah sendiri beserta rumah jiran sekali.
Terllu banyak bagasi yang perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami putuskan untuk beli tali loader tersebut.
Sekiranya saya tak turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.
Sebab kedua adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.

9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA

Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.
Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia, “go for it”.
Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam marketing kami.
Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.
Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah bakat beliau kepada permata.
Satu lagi kisah dalam team kami ada seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan. Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.
Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.
Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.

10. DATA IS KING

Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.
Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!

*WE DO THE BEST. ALLAH DO THE REST*

💪🏽💪🏽💪🏽🚀🚀🚀💥💥💥👍👍👍

Sabtu, 6 Mei 2017

Menjemput rezeki Allah

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pokok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu. Tapi dari Allah swt. Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

CP 😉